now i know how its feel to come running home, dengan tak sabarnya nak bukak blog to post something. i did.. but selepas kelembaban pada talian internet dirumah, yang terjadi ntah for what ever reason, sampai sempat habiskan tengok movie.. dengan account blog yang tetiba tak boleh akses, sempat bukak website lain dulu.. akhirnya.. berjaya aku me-login-kan diri utk kesekian kalinya...
hari nih aku mulakan dgn melunaskan kewajipan pegi ke balai polis dan galeri seni, dengan tujuan nak hantarkan
sesudah kluar je dari ofis galeri, aku ternampak himpunan manusia tengah tekun duk melukis kat ruang tengah. Memula aku ingat ade org buat peraduan melukis, rupa²nya ade la student² IPT nih tengah dalam kelas rupanya. Alahai baik betul buat kelas outting nih. Nampak benor kemeriahan dia. Memang beruntung betul student² nih skali skala dapat buat kelas outdoor. Kan menarik kalau waktu aku blaja dulu bleh buat outdoor class camnih. Mesti seronok duduk kat bawah pokok sambil mengadap tasik, kena plak angin petang yg sepoi sepoi tuh… dengan laptop kat riba, sesambil tuh buat C++ ataupun java.. pehhh.. sure layan kan.. tapi itu la malangnya kisah sebagai student IT cam aku nih. Sesatunya aktiviti luar kelas yg membabitkan 'ilmu' programing ialah dgn membuat lawatan ke ‘Pusat Multimedia’ kat depan kolej kitorang.. huhuhu…
usha punya usha, skali aku nampak la muka yg aku cam, rupa rupanya kelas drawing tuh kelas kawan si intan (residen artis galeri shah alam). Kalau ikut tata cara panggilan student² nih, nama lecturer dia Cik Rina. Hmm memang resam agaknya lecturer nama Rina nih comel² orgnya.. teringat dgn lecturer aku yg sama nama dengan dia time aku blaja. Dah kawin agaknya? Nih baru dua kali aku jumpa rina nih. Dan dengan kali keduanya gak la aku di greet "hi, bila tanchap?". Dah terasa somewhere dekat muka aku mcm ade satu billboard besar BIGTREE dengan perkataan paling ketara terpampang megah kat situ. ‘LAYAR TANCHAP’.. dude I feel owned! But what the heck, its better than ‘ko pehal buat kat sini’ kan?.. so aku pun hangout la, borak skali sambil tgk si rina nih marking paper, si intan plak jadi jurubantu kanan cik rina nih. Tengok bebudak nih duk buat sketching.. skali lagi aku pikir untung bebudak nih dapat kelas kat luar. Kalau la student programming IT cam aku nih dulu dapat kelas kat luar.. mesti seronok rasanya..
time tgh berangan yang diselangselikan dengan sesi borak tuh, ade la abg nwa join skali. Sempat jugak la dia tunjuk gambar ular yg dia dapat ambik ‘live’ hari sabtu lepas dekat area galeri. Tak sangka kat kawasan macam tuh ade lagi ular besar yang, kalau tak silap aku, cecah gak la panjang enam kaki duk melengkau dalam longkang berdekatan. Dan yang bestnya gambar yang diambil tuh dengan ‘pose’ tengah melantak seekor kucing. Nampak jugak la kaki kucing kat luar mulut ular tuh. Mengikut cerita abg nwa, lepas dia telan kucing tuh (bukan anak kucing ye), tak sampai 15minit ular tuh pun menyusup masuk balik ke dalam corong longkang berdekatan. Jadi dikesempatan ini, suka sekali saya ingatkan pada pengunjung galeri yg mahu datang ke event layar tanchap di galeri pada 7september ini...
JANGAN TINGGALKAN KUCING ANDA DILUAR KERETA, KERNA IA MUNGKIN AKAN MENJADI FINGER FOOD ULAR TERSEBUT. TERIMA KASIH
Sesambil tuh suka juga saya nyatakan kat sini yg galeri dalam proses makeupkan penampilan mereka. Nih semua angkara sultan nak datang rasmi event. Daulat Tuanku!
(kiri) lantai cat baru.. woohoo~! (tengah) kawasan air terjun dah dibendung, kurang dah kawasan air limpahan tak agak² (kanan) bukan stakat cat, main stage dah ade carpet, siap balut dgn plastik.. woohoo~!
kebetulan aku kat galeri, memang dah niat aku dari sehari ke sehari nak usha content galeri yang dipadatkan dengan exhibition MekarCitra - pameran seni visual sempena bulan kemerdekaan nih. seperti yang aku penah tulis seblum nih. aku bukan la pencinta seni tahap gila "woo-woo", so walaupun aku tenung artwork orang lebih 5minit untuk satu objek pun.. komen ikhlas yg boleh aku bagi lepas tuh ialah.. "hmm cantik". aku rasa aku memang jenis yang tak reti carik maksud dalam karya orang sampai bebila kot. tapi ape yang boleh aku bagitau kat sini, korang datang la sendiri tengok. kebetulan aku ade bawak digicam untuk merakamkan kondisi galeri 1 & 2 yang dipenuhi dengan karya² artis² yang aku cakapkan tadi... "cantik² belaka semuanya"... ikhlas tuh...
5 ngomel:
1) saya teruja nak tengok gambar ular itu makan kucing
2)saya stuju tang che fauzan ala-ala melambangkan tanchap.. fauzan, tanchap.. tanchap, fauzan.. cam rhyme laaa
3)tak kusangka manusia tengok bahan begitu di cc ;p
tuh la dia.. sy pun dlm proses nak mintak gambar tuh dari owner camera. insyallah dpt kot.. nnt dpt sy post..
for a moment there I ingat u nak bagi gambar budak pompuan tu tengah tengok porn, akakaka
haha...jom, lynn.. mari kita conteng arang kat muka dia *lawak random*
oo sy tidak sekejam itu... tapi klu nak ikut²kan.. dah tak larat dah nak tego customer mcm tuh.. bukan pompuan tu sorang je.. mcm tak bleh save tgk kat umah je kot ye pun..
Catat Ulasan