Rabu, 31 Disember 2008

Showtime's Showcause

yeah, saya telah menerima sepucuk email dari bonda yg telah diterima dari ISP yg telah dititip bagi pihak Showtime Networks Inc yg menyatakan bahawa pemilik ip sekian sekian telah mendera hakcipta dengan memuat turun siri tv Dexter. apa yg menarik disini. saya tidak pernah penonton dexter dan semata teringin nak tau ending untuk season terbaru, baru itu la satu yg saya donwload. sepanjang saya berkecimpung dalam bidang ini, first time sy kena warning letter camnih. Ye la, lepas nih tak download dah, lain kali baca sinopsis je, tak pun beli dvd pirate since takde sape kat malaysia nak jual dexter secara sah. kalau ada pun, susah mau dapat.
tapi apa yg terkilan lepas nih tak dapek la den nak download californication. kerana diantara dexter dan californication. sy lebih suka menonton calfornication. dan californication juga bernaung dibawah syarikat yang sama. haishhhh

Jumaat, 19 Disember 2008

curse mode is ON!

pernah tak jadi kat korang, korang tak boleh recall satu benda pun yg terjadi sepanjang seminggu dua lepas bilamasa pada saat terkini, korang amat memerlukan memori tersebut? rasa macam nak carik je any emergency button yg boleh remove memory blockage nih so u can remember the tiniest detail of what were you doing specifically at 1.15:45pm last two thursday. ok forget about the tiniest detail part, cukup la cuba untuk ingat kat mana korang letak sesuatu benda yg penting pada hari khamis tersebut? kalau korang boleh ingat? i suggest korang cherish moment tuh and safe keep or atleast revisit that thing so in the future, bila korang terkena memory blockage mcm aku kena nih, atleast ur subconcious will play it part in trying to visualise the imagery of that memory...


ic aku ilang dan aku tak ingat bila kali terakhir aku aku guna... uwaaaaaa~

Isnin, 15 Disember 2008

4am and i'm still awake

I just cant shut my eyes. Gosh, ada jugak aku o.d kat ofis sok ni

Selasa, 9 Disember 2008

sukses~

ye.. aku bukan nak promote barangan sukan jenama kerajaan negeri selangor. tapi lebih kepada mencanangkan betapa setelah berkali kali mencuba, akhirnya aku berjaya menghantar email ke blog. dgn jayanya. lepas nih memang aku blog on the run je la... hahaha

this is also another test post

again, the title say it all... #

--
dont hate me coz im beautiful...
www.myspace.com/foosann

this is a test post

refer to the title. it mean nothing of a difference#

--
dont hate me coz im beautiful...
www.myspace.com/foosann

Jumaat, 28 November 2008

tag, ape nih?


PEMOHONAN UNTUK MENGAMBAR DAN MENERANGKAN RUPA TEMPAT KERJA ENCIK FAUZAN

-------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. berikut merupakan senarai barangan yang ada diatas dan bawah meja saya :
  • fail-fail
  • sampul pelbagai saiz
  • komputer & speaker
  • telefon
  • log/rekod pergerakan fail
  • peralatan menulis
  • kertas² nota kecil
  • laci kecil,
  • fail² hard cover.
  • kalendar
  • botol air
  • mesin kira mini
3. sukacita saya lampirkan gambar bagi menunjukkan suasana tempat kerja (workstation) saya.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,




(Ahmad Fauzan Bin Masri)
Pembantu Tadbir
No. Telefon: 016-6283475 (Ahmad Fauzan)





------------------------



LAMPIRAN



Rabu, 26 November 2008

tempat main lagi dikenang, inikan plak opis baru


awal pagi tadi, disebabkan berlaku electrical trip yg teruk. aku dgn empat orang lagi kawan seopis telah menggunakan masa untuk usha jalan pergi ke tapak opis baru kitorang di U5 sungai buloh. kepada anak² sekalian, lepas nih kalau kena pi Pejabat Daerah Petaling, jangan la bayang sebuah opis yg tersergam gah dikelilingi prasarana berstatus urban...
lupakan saja.
opis saya nih adalah sebuah opis kerajaan yg terletak terselit diantara kawasan perumahan dan kawasan industri. klu rasa datang nak kena bayar bil atau cukai, pastikan bawak duit cukup. kami tgk mesin atm terdekat agak jauh dari pandangan. tapi ini semua cerita paling awal bakal berlaku pada mac 2009. tapi kalau nasib kitorang baik, macam yang jadi kat rakan² di klang, mungkin cecah 1-2tahun baru pindah. knapa tak pindah sekarang? tengok la keadaan opis nih....





...gila apa pindah sekarang?

Khamis, 6 November 2008

salam, nice to meet you too...

what's ur idea of life?

a simple one. less hustle, easy, long term planning, sufficient capitals for plans implementation. you?


whats ur challenge in life?

having and building a family. since i dont have one as an acceptable references. all i have is ideas and imaginations. i dont need a perfect example, as long as its not broken. i'll have them as references thank you... how about you?

Isnin, 27 Oktober 2008

Sabtu, 4 Oktober 2008

The Onion: 'Just Give Me The Damn Sepak Takraw Ball'

pernah satu masa aku terpikir, kenapa negara asean tak bersungguh sungguh promote sepak takraw. aku teringin tengok sukan nih dpt world recognition. dan ape jadi bila tahap penerimaan takraw dah satu taraf dengan bolasepak, volleyball, atau basketball.. well, video nih agak meneroka future aku on behalf and somehow, for now... agak kelakar. one day, we will see this happen... hehe

Rabu, 17 September 2008

i watch this like tententen times...

...and i laugh like tententententeten times, for shizzle~!

Selasa, 9 September 2008

Countdown to Death Magnetic Release

hampir seminggu lepas, aku terbaca satu artikel mengenai metallica dan perkembangan terbaru band ni. dalam diam, rupanya band ni akan mengeluarkan album studio terbaru diorang, bertajuk Death Magnetic. rupanya sewaktu aku baca artikel nih, metallica sudah pun 'leak' kan tiga lagu diorang pada umum. as a present to their die hard, loyal fans. and up till now, they have release six songs for fans alike to listen to their new stuff. dan sebagai seorang yg tak berapa metal tapi biasa dengar album diorang dari kecik, i have to say that they manage to balance the expectation of listener in general. kepada kategori pendengar macam aku, yg tak berapa nak metal ni, i still can hear the trademark sound of old metallica, and to some numetal ears, agak new jugak pendekatan music diorang tapi tak sefresh st. anger yg mana majoriti fans metallica rasa tersangat distant dari apa yg diorang biasa dengar. one friend of mine say this new tracks remind him of load album but with some old familiar sound of their previous five albums. fair enough feedback, i think.

jadi kepada mereka yang rasa nak dengar album baru metallica. it will be release on 12th sept worldwide. and if u must, have a pre-listen here

Isnin, 8 September 2008

Saya Dengar Ini Berkali². Berkali² Jua Terlepas Pandang

manusia. manusia akan takut dengan benda yang tidak diketahui asalnya. manusia akan senang terasa terancam dengan benda asing. penyelesaiannya? berhubunglah, kenal lah hati budinya, luar dalamnya, kemudian nilaikan, samada kita mahukan hasil yg terbaik atau sebaliknya. sekiranya perkara terbaik yang dicari, jangan dipandang cacat celanya. kalau rasa baik hati, cubalah kita sama² lindung dan perbaiki aibnya. sekiranya tidak dapat dicari sesuatu yang pasti dari sesi perkenalan itu, berpalinglah tanpa mengendahkan cacat celanya, dan sentiasa mengingati sedikit kebaikkan yang ternampak kerana mustahil sesuatu yg diciptakan tidak mempunyai sifat bertentangan. sekiranya kamu mengesahkan perkara yang mustahil, ternyata kamu tidak percaya kepada penciptaNya

Jumaat, 5 September 2008

Sahur & Topik Yang Sesuai...

i saw one hilarious tv show early this morning. its a cooking show with a twist. actually, its a normal cooking show where they have guest accompanying the host aka the cook. now whats so hilarious about this show? first of all. its not ur anyday cooking show, its a ramadhan special. so they invite a religious guest. for this particular episod, an ustazah. not that ustazah need to cook anything or pass out a recipe. the producer decide to have the guest to preach while the host try to prepare the meal. i dont know if this sound akwardly funny to all of u, but the sight of the host trying to listen to the ustazah words seems like it. the 'uhum, aha, ye, ooo' nampak sangat terpaksa. and yes, forget the cam shot to the meal process, what matter is the content of the topics.

topik hari ini ya anak² adalah 'perkara² yang boleh membatalkan puasa'


..........

..........

..........

its a cooking show gedemit, its not ur mother in law membebel while u are trying to cook AT HOME!. so i dont think the sound of words like mani, korek hidung, haid amat bersesuaian dengan visual yg rata ratanya adalah benda masakan in its raw look like kuning telur. sekembang² putih telur, kembang lagi tekak tengok benda makan yang di sisipkan dengan penjelasan ustazah tadi.

mungkin niat producer tuh mungkin baik nak sekalikan tema ramadhan dan masakan tapi topik tuh agak tak kena la, nak plak rata² orang yg tengoknya tengah nak makan sahur.

.. dan yg nyatanya mata aku berair masa makan sahur tadi. semuanya pasal tahan gelak di tempat umum dan dari tersedak kuat kuat.


kepada semua pelawat blog yg beragama Islam, selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat beramal di bulan yang mulia ini... hmm, tak sempat plak nak wish on time ;p

Selasa, 26 Ogos 2008

I Dream of DiGi..

memula aku memang ada niat nak convert no phone aku dari prepaid ke postpaid, tapi bebaru ni aku tetiba macam berbelah bagi so ingat nak postpone la niat aku sebulan lagi. tapi hasil sesi usha aku ke digi center, konon nak usha je, alihnya terjebak juga.

pengajarannya.. kalau lain kali sudah pasang niat, sudah pikir, tak payah la postpone. kasi jalan je

Rabu, 20 Ogos 2008

mimpi itu mainan tidur, no?

malam tadi aku ebrmimpi. ada dua movie mimpi yg aku mimpi. tak tau kenapa aku teringat movie nih sepanjang hari. slalunya by midday aku dah lupa benda yg aku mimpi malam tadi. tapi kali ni tak. mungkin jalan cerita or build up jalan cerita ni menarik pada aku. jadi memandangkan aku tak pernah nak share movie mimpi aku. this will be a first. altho dlm bentuk jalan cerita je. mimpi pertama pasal aku dgn family aku yg out of nowhere pergi ke indonesia kononnya nak detect susur galur family line kitorang. should be easy je since family line kedua dua family parent aku pun tak berapa jauh dgn yg di negara seberang. tapi sekemablinya generasi ni ke tanah seberang, ada few events mistik yg memaksa kitorang tarik diri dan balik ke negara kitorang dari terus detect family line dan obviously kumpulan sedara mara yg masih hidup. kemana mana ada je benda² yg tak welcome nih. memula mimpi aku nih mcm menggambarkan yg kitorang dihantui ghostly image of local folklore. tapi ntah kenapa bapak aku berkeras gak nak stay and carik family line dia. tapi atas sebab keselamatan, mak aku dgn kakak aku balik. bapak aku suruh. aku jugak yg kena teman (logik dalam mimpi : klu aku balik, aku tak tau la mimpi ni end camne kan?)

so dalam adventure kitorang redah bandar, pekan, kampung, hutan carik traces of family line nih memang byk la gangguan mistik dia. memula jumpa orang tempatan kat situ yg pandai dan sudi menolong (since org lain taknak amik tau pasal ckp kitorang suwei.. suwei punya org tempatan.. hehehe) kitorang nih terlanggar pantang family yg mengakibatkan bumi dan alam semesta tak terima kami. jadi gangguan tuh memang prominen akan ganggu kami sampai kami blah dari situ, tapi mengikut bapak aku plak. macam tak masuk akal je gnagguan ni bersifat semula jadi. jadi proceed jugak redah sana sini jumpa orang tanya orang disamping mengelakkan gangguan nih. dalam masa yg sama, sikit demi sikit kitorang tau sapa asal kami. yg tak bestnya, bapak aku dha tau separuh dari cerita org tempatan ni. tapi taknak citer awal² kat aku. so byk gangguan² yg sepatutnya aku boleh elak sendiri, tapi terpaksa aku langgar, dan akhirnya menyusahkan diri kitorang. so lepas aku paksa bapak aku citer apa yg dia tau, aku dibawak jumpa seorang yg bapak aku memang dah tau dia asal puak² sedara mara kiotrang gak, tapi bapak aku takmo jumpa awal² pasal dah tau sure kena halau balik. orang tuh bagi tau, yg famili line bapak aku asalnya orang yg dihormati di kepulauan tu. dia yg jaga keselamatan pulau tu. tapi pasal hasad dengki, kena fitnah, sampai kena buang daerah, semenjak kena buang tuh, kira famili line pakcik nih la yg jaga pasal asalnya dia mcm 2nd in command dari moyang aku.

jadi yg menimbulkan kemuskilan skang, klu moyang aku yg kena frame, kenapa plak 'alam semesta' tak bagi kitorang dtg balik. sampai kat situ yg aku dgn bapak aku tak paham, tapi bapak aku taknak citer awal² pasal dia pun heran gak. dia penah dgr citer adik beradik dia try carik susur galur famili ni tapi kena bende yg sama. jadi sebagai abg sulung, dan semenjak ada spare time lepas pencen nih. dia pi la konon nak explore sendiri. cuma beza dgn adik beradik dia yg lain. bapak aku tak prepare ape pun, memang dtg mcm tuh je. tak macam adik² dia. ikut citer pakcik tuh lagi. lepas moyang aku kena halau, dia sumpah taknak jejak tempat tu lagi and tak bagi keturunan dia jejak tempat tu jugak. kira dia buat perjanjian dgn pulau tu. utk mengelakkan keturunan dia kena frame kat tempat tu. alam sekitar akan make sure keturunan dia tak jejak tempat tu dan akan bla secepat mungkin walaupun berjaya sampai. kitorang tak puas hati dgn explaination tu. mcm crooked somewhere. so kali ni, dgn dedua orang sudah tau cerita, kitorang pun gerak la dgn misi dan pemahaman baru pasal tempat tu.

so dipendekkan cerita, sepanjang adventure ni, kitorang dpt kenal satu famili lagi yg kiranya asal macam sedara rapat moyang aku tapi surviving member je, pasal ever since moyang aku kena halau, segala pengikut dan sedara mara yg pro moyang aku, kena hapus. so tinggal la yg renegade je mcm famili ni. diorang pun dpt tau dari org pulau yg ada org luar dtg pulau ni. tapi asik kena gangguan dan musibah je. kira famili ni dah agak dah itu mesti keturunan sedara diroang yg kena halau, so diorang nak tolong. diorang bgtau, yg sebenarnya. bukan moyang kitoang yg buat sumpah, tapi ada org lain yg sudah jatuh sumpah kasi pagar pulau ni dari keturunan diorang. sumpah asal moyang kitorang, dia takkan jejak ke pulau ni lagi sampai org tempat ni sedar kesalahan diroang, dan hanya kembali apabila keselamatan pulau ni betul betul dalam bahaya dan takde sape dah nak lindung. dia jugak mintak alam pelihara keturunan dia sekiranya ada yg tersesat memandai nak dtg tempat ni (macam kitorang). jadi lepas dgr explain sedara ni pulak. kitorang pikir, sape yg tak bagi kitorang dtg sini, takkan sumpah beratus tahun lepas tak habis lagi. selidik punya selidik, kitorang pun tau yang lepas salah seorang adik bapak aku dtg dulu, dia sudah terlepas ckp kat native yg dia keturunan sapa and datang nak tuntut hak famili kitorang. so lepas kejadian tu, ada beberapa orang telah menghidupkan balik sumpah lama ni. so sekarang ni, kiotrang pun kena la carik culprit yg idupkan sumpah ni dan mintak dia turn off kan. sebabnya satu je, bapak aku dtg nak carik famili line dia supaya nak berhubung balik since ini wasiat atuk dia (tak pernah citer, dah dlm keadaan genting baru nak bgtau.. ampeh). beza mcm adik bapak aku, dia taknak tuntut ape² pun. stakat nak link up dgn famili yg ada. klu takde, kitorang balik la.

tapi ada pihak yg tak bagi jadi link nih idup pasal keturunan dia dah kaut segala hak moyang aku. so dia takut. klu kitorang berjaya bukti yg kitorang nih sape, klu kitorang tak tuntut pun, famili member yg memang org pulau tuh yg akan tuntut and paling ditakuti, balas dendam. jadi lagi di doublekan asakan pada kami. pikir² balik. betul jugak dan posible benda camnih bleh jadi. so bapak aku decide nak stay dan betulkan keadaan yg mana, bende kejadian mak moyang tuh, takyah la yg cucu cicit nih balas. itu hal diroang. lagipun sekarang sudah ada kerajaan baru, negara baru. biar la undang² dan tuhan tentukan balasan. janji berlaku adil sudah pada orang kampung dan yg terlibat sedara mara. tapi standard, mesti ada yg tak puas hati. so diorang cuba gak halau. since guna bende halus tak lepas, diorang main politik dan undang². tang situ kirorang kalah and terpaksa balik malaysia. tapi tak sampai dua bulan balik. kitorang dpt surat yg surviving famili member moyang aku dah dpt balik hak ketuanan dan yg jahat tuh dah ditangkap pihak berkuasa kerana terlibat dgn penyelewangan kuasa. so sebagai mengenang yg cita² dan wasiat moyang kitorang yg nak famili di malaysia dan pulau tu link up, diorang bagitau yg sebuah rumah lengkap dgn lambang istiadat moyang aku tgh dibuat, dan bapak aku, as anak sulung diminta balik utk rasmikan rumah tu and tinggal kat situ. so ending dia, memang baik la. bapak aku dpt rumah satu kat pulau tu. kira dpt la satu getaway house tapi kena share dgn famili dia.. hehe

itu baru movie pertama. movie kedua nih macam take place lima tahun lepas kejadian, walaupun tak berapa berkait.

ada satu gerakan underground di indonesia nak cuba dapatkan satu buku mentera yg kalau sesiapa dapat, boleh jadi berkuasa dan mudah menguasai benda yg nak dikuasai. jadi in order nak dptkan buku mentera ni. gerakan nih telah dgn proaktifnya kidnap historian yg ada, dan buat kajian dimana terletaknya buku tu. dia canang kat pengikut dia, dgn adanya buku tu. dia akan make sure yg dia akan menyatukan indonesia dan make sure setiap penduduk dia akan equal dan senang hidup. tapi sebenarnya dia ada agenda lain. biasa la org jahat. memana pun sama je. then selidik punya selidik, diorang dpt tau, yg buku tu telah diamanahkan oleh raja zaman diorang kepada pendekar melayu utk dihadiahkan kepada sultan melayu. itu alasan raja kepada sultan melayu. tapi sebenarnya, si raja buat macam tu sebab dia tau, buku tu telah jadi rebutan pembesar pembesar ditempat dia, jadi utk mengamankan keadaan, si raja ni canang yg buku ni akan dihadiahkan kepada sultan melayu sebagai hadiah sempena hubungan baik. jadi melepaslah pembesar pembesar raja ni. tapi yg cerdiknya, si raja ni tak bagitau kat pendekar nih apa kandungan nya dan hanya sultan yg boleh tgk detail. ditakdrikan keadaan, sultan melayu takala dpt buku nih, ingatkan sekadar himpunan hikayat lama, simpan je buku ni & tak penah amik pot. sampai la kena serang penjajah, baru la kelam kabut bagi arahan suruh selamatkan barang penting kepada org istana. dapat sorang pendekar istana nih, kebetulan berguru di kepulauan tempat asal mentera² tu, mcm terdetik hati nak selamatkan buku ni. jadi selepas bertempiaran org istana sultan melarikan diri. diriwayatkan, hanya keturunan pendekar ni saje yg tau mana letak buku ni.

jadi disebabkan sejarahnya berakhir kat situ, sukarno yg juga tau pasal sejarha tu, telah bermati matian mencari buku mentera tu utk kegunaan dia. kira dgn mentera tu. dia boleh la menjadi raja kepulauan nusantara, jadi masa pembentukkan persekutuan tanah melayu, memang dia tak setuju pasal satu dia memang nak takluk tanah melayu. tapi kekurangan sumber nak serang, jadi diarahkan askar² dan orang kepercayaan dia invade tanah melayu dgn slogan ganyang malaysia atas dua sebab. satu nak takluk malaysia, dua nak carik buku mentera. kira 2 in 1 purpose la ni. tapi tak berjaya jugak. tak tau kenapa.

jadi lepas 40tahun, tetiba ada gerakkan nih atas maklumat yg sama, cuba jugak nak dptkan buku tu. kali ni diorang dpt info lebih skit dari sukarno. diorang dpt tau yg lepas pendekar tu bawak lari buku tu, dia baca buku tu and dia dpt tau isi buku tu dan penah balik ke tempat asal buku mentera tu utk dptkan bantuan supaya dia boleh guna mentera tu utk hapuskan penjajah. tapi malangnya, kumpulan pendeta yg bertanggungjawab mencipta mentera tu tak boleh tolong pasal mentera tu hanya boleh dibaca dari golongan pemerintah saja. sebab ia dicustom madekan utk pemerintah menjaga kawasan dia. tapi kumpulan pendeta tu menasihatkan kepada pendekar tu, supaya simpankan buku tu bagi pihak diorang since diorang pun tgh kena jajah and keluarga pemerintah diorang tak dpt dikenal pasti. lagipun anasir utk disalahgunakan mentera tuh masih kuat di tempat asal jadi tak selamat nak simpan kat tempat diorang. so sebagai janji, penekar nih terima la amanat tuh dan berjanji akan updet kedudukan buku ni dari semasa ke semasa guna kod yg telah dicipta khas oleh kumpulan pendita ni. so sepanjang buku tu disimpan, selalu la pendekar nih updet tiap kali dia alih tempat simpan buku tuh sampai dia meninggal. dan kumpulan pendita nih plak, abadikan kod kod tuh dalam sebuah drawing purba. drawing nih plak, lelama jadi bahan simpanan muzium tapi ditempatkan di sebuah universiti tempatan bahagian sejarah.

balik kepada karektor citer pertama tadi. bapak aku yg dah seronok dpt rumah kat indo nih. mula la role in jadi student kat universiti tempat ni. konongnya saje nak kill time. lagi pun nak blaja satu benda yg dia minat tapi tak pernah dpt chance nak buat waktu dia muda. aku plak yg slalu ulang alik jenguk bapak aku nih, makin lama makin ramai la aku buat kawan yg klu ikut asal usul, sedara mara jugak la. dalam reramai nih ada la sorang budak pompuan, dia la pun yg rajin jaga bapak aku mcm datuk dia jugak. dia pun blaja kat universitas ni jugak dalam jurusan sejarah. kebetulan sewaktu gerakan nih ceroboh kawasan universitas, budak nih antara kumpulan student yg tgh buat kerja praktikal kaji barang sejarah dlm fakulti. dalam percubaan rampasan drawing tuh, budak nih sempat jugak la selamatkan carbon copy drawing nih. dan atas dasar sejarah and tau consequence sapa yg dpt buku mentera nih, pujuk aku mintak bawak dia pi malaysia and mintak bantuan kengkawan aku utk locate buku ni. asalnya aku gerak ke malaysia berdua je, tapi boypren pompuan nih siap tag along plak bawak kengkawan diorang, melibatkan satu couple dan kawan si boypren nih. kira kes jeles yg terjebak gak la ni. sampai ka kl, aku try link up kan diorang semua nih dgn kengkawan aku yg mana ada dan sudi kena mengena dgn expedisi ni. dalam proses nak kumpul kaum dari sebelah aku, tetiba....

malangya mimpi aku habis kat sini je pasal aku terbangun lepas tu. ada sesape nak sambungkan? jadi movie ke... hehehe

Ahad, 17 Ogos 2008

aku salah tengok ke atau salah saja?

aku terlena dlm pukul 2am.. terbangun pukul 5am, tetiba nak pi toilet, bila aku bukak pintu, first skali aku ternampak bulan. aku rasa baru semlm aku nampak bulan terang penuh. tapi kenapa malam nih nampak suku je? malam nih memang ada gerhana bulan ke?

Sabtu, 16 Ogos 2008

bosan... tahap combo deluxe

hari ini aku semangat bangun pagi. (sebenarnya bukan semangat sangat, tapi terjaga walaupun cuma tido 4 jam) . walaupun baru pukul 8 pagi, tapi aku rasa macam tak sabar nak mulakan perjalanan ke kenduri kendara. i've been looking forward to these wedding pasalnya.. memang aku tau minggu nih dipenuhi agenda wedding.

9am... dah siap, tgk tv.. tgk siri tv yg dah siap download

11am.. dah mula nak bergerak, carik wallet, carik kunci.. carik kad jemputan. tetiba terniat nak selak kad walaupun dah tau rumah pengantin kat mana.

first card... wedding on 17th august. cis, ini yg utk esok.. mana kad utk hari ni... lalalalala~

2nd card... 17hb jugak??? eh, hari nih takde wedding ke? alaaaaa... habis aku besiap ni utk apa? salah kad kot...

by noon aku dah berasap, baru realise memang dua kad nih je yg ada pun. ampeh....

1pm++.... tukar baju santai, aku tido balik

3pm++ dah terjaga, ada buat plan adhoc, tapi tak jadi jugak.

5pm++ bosan tunggu reply, aku pi minum kat kedai blakang umah. ingatkan nak tgk final badminton. salah date lagi. ampeh~

7pm++ masih di rumah, layan few others siri tv, altho ada two dvd full of movies yg belum aku tgk, tapi aku takde hati nak tgk movie. nak ajak member lepak, semua tgh takde dalam radius terdekat. abudeng~

11pm++ sila rujuk ayat diatas.

produktif syie hari aku...

Isnin, 11 Ogos 2008

Jenaloka : ceria itu penting!

aku sebenarnya ada idea lain nak ditaip. tapi selepas beberapa siri kejadian yg tidak bernasib baik. aku jadi mandom. ilang selera nak berblog. tapi dikala aku cuba mengisi masa dengan membuat aktiviti geledah email. aku terselisih dgn forward email nih. ternyata. dalam masa 24jam ni. inilah sesatunya benda yg telah berjaya membuat aku tergelak besar. bukan kerana faktor sinisnya, tapi lebih kepada witty punch line dan imaginasi aku membayangkan imej dalam bentuk strip comic.. dan mungkin ia tiba tepat pada waktu yg aku perlukan sedikit humor utk sedikit spirit lift... ish, tak kuasa plak aku nak terangkan. malam nih, aku cuma nak lay back, takmo pikir benda yg memberatkan kepala. so here, aku share benda yg berjaya membuat aku gelak macam takde masalah.


"Antara CIA, FBI & PDRM"

CIA, FBI dan PDRM masing2 nak membuktikan bahawa merekalah yg paling terrer bab2 jenayah ni. Jadi, si President pun buatlaa satu ujian utk mereka. Dia melepaskan seekor arnab ke dlm hutan dan menyuruh mereka mencarinya.

CIA masuk ke hutan. Mereka menempatkan binatang2 sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan. Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yg ada di dlm hutan. Selepas penyiasatan yg memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yg arnab itu tidak wujud.


Sampai giliran FBI pulak. Selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dlmnya, termasuklah arnab tadi. Mereka membuat kesimpulan yg sudah nasib si arnab tadi utk mati di dlm hutan itu.


PDRM pulak yg masuk. Mereka keluar 2 jam selepas itu dgn seekor beruang yg dah lembek sbb kena pukul. Beruang itu menjerit, 'OK, OK... aku arnab... aku arnab!!'


disklaimer : please dont start with 'the' moral isues feedback people, a joke is a joke at time in need. for all i care, it can be redneck hunter, an ex-seal and a rabbi. as long the punchline revolve around a bear admitting hes the bunny. its all hood, dig?

Rabu, 30 Julai 2008

Hari Biru Di Shah Alam (sebuah catatan penutup)

yeap. by now, eveyrone must have know the result. it was Chelsea 2 - Malaysia 0

2-0 JE?

...Hari nih je. aku sampai office, semua org duk tanya, ape citer game malam tadi. (nampak sangat aku sorang je fan chelsea hardcore kat ofis nih.) aku pun dgn ringan mulutnya kongsi la pandangan aku pasal game malam tadi. dan seperti yang aku jangka, fan² liverpool dgn MU dah start bagi kata² sinis... "kalau 2-0 je lawan malaysia, camne nak lawan lokomotiv moscow lepas ni?"

aku nampak hala tuju perbualan tu. tapi aku buat bodoh je. takmo la terlibat dgn perlanggaran ideologi pepagi ni. tapi apa yg nyata. aku state kan pendapat kedua aku yg agak ramai tak puas hati (nih semua gara² taknak beli tiket lepas tuh harap ada live telecast kat astro.. HAH~!)

"Malaysia Was A Solid Figure When It Come To Defensive Mode.. And A Smart, Organise Defense. The Best Defensive Play I've Seen Since The Year of Subadron Aziz Last Play For Malaysia" (sebenarnya aku cakap dalam bahasa, tapi saja nak tulis dalam english.. pfftt~!)

ramia tak percaya, ramai cakap chelsea bagi muka and all those uninspiring words.. tapi hakikatnya aku nampak dan aku boleh pikir logik. kalau stakat nak bagi muka, 4 gol is a minimum requirement. but chelsea was struggling to get past the malaysian side. even in the last 30minutes so tang mana yg bagi muka tu? lagipun, aku perati feedback news agency.. hanya news agencies tempatan je yg bagi review "ala.. kalah jugak kan?". sementara news agencies luar negara semua bagi komen terkejut dgn kemampuan malaysia and was left asking why we're in 166th place in the FIFA rank?"

"I Was Proud of The National Team"

itu je yg mampu aku cakap kat semua orang. insyallah malam nih ramai dah yg dapat tgk siaran ulangan kat tv. and hopefully ramai yg setuju dengan pandangan aku dan lagi 70k crowd yang ada kat stadium malam tu.


Benda² Yang Sempat Aku Perhati Di Stadium
  • Ramai yang datang pakai baju chelsea. lebih kurang dalam 15orang, sorang je pakai jersi malaysia.
  • suasana dalam stadium macma family outing. first time aku tgk game bola, crowd dia agak senyap je. sifat² 'kesopanan' nih buat aku - yang datang sorang² - jadi segan nak jerit. tapi lepas first gol aku dah tak ingat orang. dan aku sorang je yg duk jerit support malaysia tanpa berbelah bagi. tapi....
  • agak pelik bila tgk few mat salleh's clad in tiger stripe jersey (tolak Sharifah Sofea and her family since dia memang mat salleh kategori tempatan.. hahaha) , a bunch of koreans, a family rasanya (btw ada sorang adik perempuan mamat korea yang asik tersenyum je.. peh, comel) who keep telling their friend over the phone how malaysia is playing their best game ever, and a few african people screaming Malaysia Boleh! while some malaysian - i think the CFC fan club people are singing the Blues team supporter's song as if they were from London visiting Malaysia.
  • aku rasa aku nampak Bard datang stadium pakai baju Liverpool... "salah Stadium La Wei... nak Liverpool tulis surat guna letterhead JPM jemput datang la wei~!"
  • why nizaruddin yusof? bukannya aku tak minat tgk nizar main, tapi aku rasa zaman bagus dia dah lama hilang. yg ada skang nih tinggal zaman pengalaman dia je. itu pun kenapa midfield? posisi baru dia ke? terus terang, aku mengharapkan lebih ramai kelibat player Kedah mlm tadi. mana pegi badrol bakhtiar? kenapa tak jadi masukkan safrizan first eleven? (still tabik kat irwan fadzli idrus, dia main bagus)

Mohd Helmi Eliza Elias
sapa sangka, seseorang yg mempunyai figure yg agak frail macam si helmi nih lebih tenang jaga gol dari penjaga gol malaysia yg sebelum-sebelum ni. dah la tenang, fokus plak tuh. insyallah, kalau dia konsisten performance macam ni, let say utk 5-6 tahun lagi. aku akan letak dia sebaris dengan GK malaysia lain yg pernah jadi idola aku. dan aku harap sangat talent mcm helmi nih, tolong la, kalau taknak main luar negara pasal takut jauh dgn famili pun, atleast consider la main dgn team sekitar ASEAN mcm singapore ke, indonesia ke, thailand ke... stakat save shot dari kelibat macam safee sali dlm MSL tak kemana pun, dah la safee sali tuh sorang je, nak jumpa dalam game pun satu season 4-6kali je. ply trade kat singapore la. dpt jadi gk Gombak United pun ok pe?

Kesimpulan Keadaan
aku lebih fokus tgk game malaysia dari sibuk pikir pasal chelsea.. owh.. dan senyuman pompuan korea tuh.. sampai skang teringat... dah la dia senyum, mak dia pun senyum.. tinggal abg dia je cam jegil mata lebih skit aku usha adik dia... hahaha

Selasa, 29 Julai 2008

Hari Biru Di Shah Alam (sebuah catatan prelude)

sekarang sudah pukul 2pm++.. sesungguhnya kepala aku sudah sngat tidak mengendahkan fail fail yg tersusun rapi di hujung meja kerja. kerja? kerja tu apa? hehehe


yaa.. aku amat teruja nak pegi stadium malam ni.. eh silap, petang nih.. sangat sangat tidak sabar. walaupun aku memang nak tgk team chelsea main. tapi hari ni aku extra motivated bila baca paper, yg team 'cobaan' negara aku nak cuba bermain dgn formasi ala eropah....

"4-1-4-1"

dari senarai pemain yg disebut dalam paper tadi. aku percaya. walaupun jurulatih malaysia bagitau ini formasi bertahan. tapi klu di eropah. inilah formasi 'arrow'... tang mana dtg betahan kalau dah pakai busur yg menghala tepat ke arah musuh? dan yang paling penting, dari senarai nama kesebelasan utama (kemungkinan yg confirm).. empat attacking player, satu defensif dan satu striker.

(F) Safee Sali
(M) Indra Putra, Hardi Jaafar, Amirulhadi, Khyril Muhymeen
(DM) Shukor Adan
(D) Shafizan Hashim, Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan Abd. Razak dan Fauzi Nan
(GK) Helmi Eliza

aku takde masalah dengan pemilihan penyerang. dia memang terbaik yg negara ada time ni. dan aku tak heran klu dia bleh loloskan diri sorang². terry bukan terrer sangat pun, klu carvalho tuh mungkin. tapi klu kena asak dgn Alex.. mungkin seksa jugak la. mamat tu besar dowh~

apa yg menarik ialah pemilihan empat pemain tengah. nampak sangat strategi b. sathia nak rotate wing dgn matchkan indra-hardi (kiri) & amirul-khyril (kanan)

defensif tengah = shukur adan. juga mcm striker. dia yg terbaik pasal dalam reramai nih. dia sorang je pemain tgh yg banyak pengalaman diperingkat antarabangsa kategori player bertahan. tapi aku agak suprise bunyamin omar takde dalam senarai (tak pasti pulak klu ada dalam senarai simpanan). mungkin dia sorang je yg boleh ganti posisi dgn shukur

pertahanan yg agak pelik. aku yakin dgn fauzi nan tapi sayang dia back sayap dan bukan pertahanan tengah. hafiz zamani aku samakan kes dia dgn nesta, bagus tapi selalu kena overshadow dgn cannavaro -dlm konteks nih- khairunizam sahabuddin. harap² dorky moment hafiz dah lepas. its his time to shine.

dan aku respek pemain nih dalam liga tempatan. defender shafizan dan goalkeeper helmi. dedua player kedah-team terhot dalam liga tempatan for the past two years. pemain baru yg sepatutnya dialu alukan kemasukan kedalam team negara. klu sapa cakap depa tak bagus, pi tgk contributtion diorang di peringkat asia & kelab.


first time hati aku bergelodak dgn semangat nak tgk dedua team main. slalunya satu je. kekadang tuh datang semata dpt tiket pree je. tak pernah hirau pun sapa yg main. hehehe

harapan aku. klu boleh taknak la tgk player malaysia main cam team yg kalah dgn Man Utd last time diorang dtg dulu. sebenarnya aku ada gak la rasa few player yg main bagus malam tuh. tapi aku cukup sadis tgk gelagat sorang player nih. dah la kapten. main hormat org sangat. bagus lagi si k.rajan malam tuh. habis game bleh kejar player plak nak tukar jersey. nasib kamu baik la si beckham tuh cuma suka tukar jersey dgn nombor yg sama. kalau tak, mau ko hamuk bilik persalinan stadium kan?

prediction aku? Chelsea 4 (atau 5 atau 6) - Malaysia 1

... jangan gelak bleh?

bunyi apa ni?

utk sekian kalinya, aku bangun pagi dengan perasaan yg hidung aku mcm bengkak. minggu lepas sakit dalam kawasan hidung sebelah kanan. org cakap ada jerawat dalam hidung. pagi ni, bangun² je rasa sembab yg kelama²an jadi rasa bengkak... kat sebelah kiri plak. tgk cermin, takde plak visible sign, tapi rasa tak selesa dia sama mcm aku kena minggu lepas. adeh.. takkan jerawat 'dalaman' lagi kot.. dah la eversince aku kena demam yg tak brapa nak jadi dua tiga minggu lepas tak habis lagi. punya la seksa nak habiskan batuk nih. kahak & mukus pun kekadang dtg dlm volume yg banyak.. masa² camni la idung nak sakit, susah oo nak blow idung camnih, apetah lagi nak korek. lupakan saja

tak cukup dgn kesengsaraan 'physical pleasure'. arinih aku dihiburkan dgn satu bunyi 'low freq' yang aku rasa.. dalam 10 orang ofismate aku. aku dgn org sebelah cubicle aku je dengar. itu pun dia cakap bunyi tuh perlahan je, aku sorang je yg dah bingit telinga dengar bunyi nih!. aku try tutup tv, masih ada bunyi tu. aku round cubicle sorang². still tak tau mana punca bunyi nih. aku ingat member aku penah cakap. lowfreq tone camnih cuma mampu didengar oleh org yg berumo bawah 35tahun je. jadi sebarang usaha nak tanya abg² dan akak² kat unit aku nih mungkin tak berhasil. sedangkan 5 orang yg bawah 30tahun pun cuma 2 org je dengar, camne?

ish.. mata aku dah berair, otak dah sebu, telinga dah kejang dah duk tahan dengar bunyi ni. klu ikutkan hati nak je aku kuatkan winamp aku kot² boleh overtake bunyi tone lowfreq nih. tolong~

Selasa, 22 Julai 2008

ia datang bagai nafas yg dihembus. ia pergi seperti mimpi..

two days ago. i attend a family gathering of and old friend. usually i give all sort of excuse. but that night i came with ease. there was everybody. every family member except for kak anne's family. there was lukman who came all the way from kl to pass out his wedding invitation to every family member of this house. his extended family. and i was one of the extended of the extended family. altho i rarely show up


today, at 4pm. i received a call from lukman, we just met two days ago at izam's house.

"jan, dtg seksyen 7. izam tunggu kat situ. kak sheira dah meninggal"

....

from someone who often make fun of death, its kinda hard to believe this prankster. but from the 10second or so pause. i know this has to be true.

as i arrived at the clinic. all three cars were park near the entrance. except for kak sheira's. from a far, there was a frantic noise. a cry. its izam's mom. not that i ever heard her cry before. but i know its her. i saw izam. right then, its positive. kak sheira has left us all. she was on her way home. approximately 2-3km away from home. all it takes was a mild bump to a back of a lorry. she left a caring husband, two lovely daughter and a whole bunch of talkative siblings and parent. i cant see them recover from this tragedy in a short time. they will miss her a lot. we all do.

al-fatihah to arwah kak sheira (may '74 - july '08)

aktiviti sebu

saya demam, sakit kerongkong, sakit dada, kepala pusing.. tak pening, cuma pusing

apa aktiviti yg sesuai utk orang berkeadaan macam saya ketika ini? tidur? muka dah terlebih sembab dah tidur, tak mo tidur kecuali memang time tidur. cadangan?

Isnin, 21 Julai 2008

call waiting



i like this song. cant wait for her new cd to come out. heee.. even contemplating to put this as my caller tunes

saudara sehati.. sejiwa.. mano² lah, den tak kesah

dalam masa dua hari nih, agak ramai yg berpusu² nak bagi kad jemputan kat aku. alhamdulillah ada jugak yg ingat. insyallah aku cuba datang mana yang mampu. yg mintak peti ais tu.. ermmm.. harus ke?

anyhuuu...

dalam reramai yg dtg. selain dari bawak kad kawin adik sendiri. jugak datang bawak cerita. cerita yang dulu aku penah dengar, tapi tak tau plak ada updet. cenggini la lebih kurang dialog dia..

"jan, ko ada jumpa along tak?"
"takde, nape?"
"ish, takkan along takde bgtau?"
"bgtau apa?"
"feroz bgtau, nanti along... bla,bla,bla... reunion... bla,bla,bla... dah confirm... bla,bla,bla... yg dua org lagi pun setuju... bla,bla,bla... takkan tak tau kot?"
"biar betul? aku tak tau citer pun?"

...lepas tuh mula la sesi berangan siang, plan benda ntah apa² tapi bila pikir balik. best jugak plan nih.. hehehe

...tapi dalam hati dan otak dah melekat dah perkataan 'reunion' tuh. dan yg paling pelik, kali nih aku tak berat hati plak nak cakap ok. laju je aku ok kan semua benda. malam tadi plak jumpa lagi sorang. memang niat nak jumpa pasal nak bgtau benda yang sama. sebenar benarnya aku memang nak dengar dari dia je samada dia ok nak reunite nih. orang lain aku tak hirau sangat. topik perbualan malam tadi lebih kepada bila nak jumpa eye to eye dgn lagi dua orang tuh. nothing much, just jumpa lepak minum je. pun aku ok kan aje.

dalam hati aku tak reti nak cakap apa. macam smooth je, macam... tak pernah tak reunite pun. macam selama nih kitorang cuma malas nak buat apa sesama je. macam baru tadi tetiba ada motivasi nak buat benda yg kitorang dah biasa buat sesama ni. malam tadi buat plan macam memang selama nih, ini la benda yang dah biasa buat. macam.... macam apa aku tulis nih? haish...

ok la so its a one-off thing. as strangely as it may sound, aku agak looking forward to it. rindu kot? cuma sekarang nih aku tak sure apa benda yg aku rindu. moment atau orang? tapi apa jadi kalau event nih tak jadi atau ada orang salah quote.. a miscommunication? tapi secara dasar, dah setuju dah nih. dah siap nak selongkar harddisk dah carik balik material lama, sesambil tuh dah ada plan nak buat something new dah? hehehe.. agak tak padan dengan event one off nih... tapi bila lagi? yg lain mungkin dah tak heran dah tapi bagi pesara mcm aku nih? agak excited jugak dgn prospek nih.

hmmm...

...
... sekali je kan?
...
...
... aku rasa aku rindu orang lebih dari rindu moment ;)

Selasa, 1 Julai 2008

sakit. pengajaran. peringatan

hari ini. aku diingatkan tentang sesuatu pengajaran sewaktu sedang menjalani sesi mencabut kuku ibu jari kaki kanan di klinik kerajaan di tempat aku. kadang² kita memang kena tempuh rasa sakit. tak salah. nak pulak bila tempuh rasa sakit tu, sebenarnya akan memberi keselesaan pada masa depan. tak semua benda yang sakit tak elok, sekiranya melalui proses yang teliti, ia mungkin boleh menghasilkan sesuatu yang elok pada masa depan. semua ni aku teringat sewaktu menahan sakit.. dan dari hampir menggunakan alasan "sori doktor, kaki saya yang lagi sebelah nih mengalami tindakan reflek bila ada orang cuba cabut kuku kaki yg sebelah lagi. idung doktor tak apa²kan?"

(sebenarnya aku amat tempted nak "tersepak" doktor tu dan pulangkan balik statement dia, "sakit sikit je kan?"... touché)

yes, dan sekarang aku tak sabar nak tgk hasilnya.. walaupun bukan dalam jangka masa terdekat, tapi harapnya takde lagi dah masalah cagu nih..

Khamis, 12 Jun 2008

dan sebabnya...

arinih aku dpt dua berita yang mendapat feedback negatif dari aku. pertama :

gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan bagi mengurangkan bebanan.

aku pernah keje dengan sistem gaji macam ni. end up aku lebih tertekan sebab duit akan sentiasa nampak tak cukup dan pekerja akan jadi lebih cepat panik dari sistem yg diguna pakai sekarang. dgn kos sara hidup sedia ada dan akan datang, sepatutnya inilah salah satu 'perkara kecil' yang boleh dielakkan dari belaku. sure, tak semua orang cepat gabra bila dapat duit separuh pendapatan ditengah bulan. tapi aku pernah terkena satu kejadian repair motorsikal dan kos repairnya saja merupakan 150% dari jumlah gaji setengah bulan aku. dengan kos repair macam tu. macam mana aku nak kluarkan motor dari bengkel dan pergi bekerja sedangkan motorsikal adalah main transportation aku untuk kemana². sure ada yang bijak bagi jawapan, naik la public transport. tapi persoalannya. walaupun aku peruntukkan gaji setgh bulan aku untuk public transport (jangan lupa, aku ada expenses lain), adakah aku masih mampu nak bayar bill repair motor aku dengan baki setgh gaji aku pada hujung bulan? ingat, kos repair & servis saja sudah 150% dari setengah gaji... ? kalau mekanik tuh paham situasi gaji aku mungkin dia boleh consider nak lepas dengan outstanding 50% lagi dibayar pada hujung bulan. tapi terus terang aku tanya korang.. ada yg peduli ke?

mungkin sistem bayar separuh ni tak terlalu dirasakan bagi mereka yg tangga gaji berada dalam lingkungan rm3000 keatas, tapi bagi yang macam aku dibawah rm2000 nih? kalau ditanya pendapat aku, sistem gaji macam ni lebih menyesakkan mental sebab setiap dua minggu pekerja akan mula resah pikir mana nak carik duit dan lebih terkenangkan duit gaji yang separuh lagi berbanding dengan sistem sedia ada. sekurang²nya, sistem sedia ada akan membolehkan pekerja prioritize penggunaan duit dengan lebih efisyen dan yang paling penting, lebih berkesan dalam menangani isu isu kecemasan. bayangkan, bagi mereka yang berpendapatan dibawah rm1500. gaji dibayar rm750 pada pertengahan bulan, tolak sewa rumah rm500.. tolak bil semasa dalam rm250.. sudah rm750... anak² yg nak kesekolah? kos pengangkutan harian? baiklah, mungkin ada yg berkata, bil boleh dibayar hujung bulan. maka akan available semula rm250 itu. tapi rm250 untuk kos sara diri selama dua minggu dengan tanggungan sedia ada. cukup? mari saya serikan imaginasi anda dengan satu kes tambahan. ada kematian ahli keluarga terdekat pada penghujung minggu pertama dan awal minggu kedua. bagaimanakah seseorang itu mengagihkan baki rm250 itu. untuk kegunaan harian atau untuk kos perjalanan melawat keluarga yg mungkin berada dihujung peta malaysia?

sebenarya aku agak terkilan, sepenuh penuh bilik mesyuarat yang membentang usul dan memerah otak memikir perkara terbaik untuk kakitangannya, tiada pula yang mencadangkan agar sistem ini diberi tempoh percubaan. bukan sebarang tempoh percubaan. "tempoh percubaan dengan pilihan". thats how i would like to say it. apa salah kakitangan kerajaan ini diberi kebebasan dengan memilih sendiri option sistem gaji yang ingin digunakan. aku tak cakap sistem 2x gaji sebulan ni takde peminatnya. mungkin ada. tapi bagi mereka yg aku nyatakan tadi. pendapatan dibawah rm2000 nih sepatutnya dibagi pilihan. pekerja bebas menentukan sistem gaji mana yang sesuai diguna pakai bagi mereka. mungkin bagi seorang kakitangan awam yang memiliki 4 rumah sewa dikawasan bandar, menjual burger didepan rumah pada malam hari atau ada ladang kelapa sawit yang aktif dengan hasil tidak kisah dengan sistem gaji separuh atau suku bulan ni. tapi bagi mereka yang banyak tanggungan aktif seperti anak² kecil seramai 4 hingga 6 orang yang masih bersekolah dan terpaksa berulang alik ke opis dari tanjung karang ke shah alam setiap hari kerana tidak mampu menyewa rumah di sekitar shah alam, mungkin ada ahli keluarga yang sepanjang hidupnya terpaksa berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan ubat²an yang mencecah sehingga 40% dari gaji bulanannya.... bagaimana dengan mereka ini? dan tidak dilupakan bagi yang bujang tapi menanggung perbelanjaan ahli keluarga yang sudah tidak bekerja dan masih belum bekerja dan masih belum berkahwin tapi dah teringin sangat nak kawin dalam 2-3tahun nih. adakah harapan mereka terpaksa di 'carry forward'?

sekurang kurangnya dengan wujudnya pilihan ini, kerajaan akan dapat melihat sistem gaji mana yang lebih sesuai untuk setiap peringkat kakitangannya dan sekaligus nampak pola pendapatan dan aliran sosio-ekonomi setiap kakitangannya. kalau ikut pendapat aku jugak, memang sesuai buat 'test run' dalam tempoh terdekat ini dengan seluruh rakyat negara ini, tak kira baik bagi kakitangan kerajaan atau swasta akan menempuh bulan ramadhan, hari raya, krismas, cuti sekolah dan buka sekolah. sekaligus kerajaan boleh pantau efektifnya penggunaan sistem gaji 2x sebulan ni. dan katakanlah, tempoh test run ini tamat pada januari tahun 2009. kerajaan boleh memutuskan samada sistem ini sesuai digunakan bagi semua kakitangannya atau mungkin pada peringkat² tertentu atau dilokasi² tertentu. dan yang paling penting, dari melihat hampir keseluruhan kakitangan sokongan penjawat awam seperti hari hari menratapi kematian ahli keluarga terdekat, sekurang kurangnya hanya mereka yang telah rela hati menawar diri untuk mencuba sistem gaji 2x sebulan ini saja yang akan nampak kesannya. dan saya pasti, selain dari golongan kakitangan awam berpendapatan sampingan, mereka yang mungkin sebenarnya sudah lahir kaya saja yang mampu tersenyum pada penghujung test run sistem gaji ini. saya 80% yakin.


perkara kedua yang aku tak suka berlaku pada hari ini. jersi baru chelsea untuk perlawanan 'away' tidak lawa dan mengundang badi. warna hitam?

tidakkah mereka ketahuan bahawa di england, warna hitam dan kelabu merupakan warna yg dominan dan sinonim dengan badi tiada nasib? ini tidak saja berlaku kepada national team england tetapi tertempias kepada kelab² bolasepaknya juga. walaupun saya bukan penyokong MU, tapi saya tau sewaktu MU ada jersi away berwarna kelabu sekitar tahun 90an, tidak pernah mereka perform dengan baik? chelsea juga pernah mempunyai jersi biru yang dipadankan dengan warna oren ringan dan kelabu pada awal tahun 80an dan mereka tidak mempunyai sebarang pencapaian membanggakan sepanjang tahun itu. sekiranya anda sangsi dengan kenyataan saya dan anda merupakan fans arsenal ataupun liverpool dan menganggap ini merupakan alasan kemelesetan form pasukan seperti MU dan Chelsea. cuba... cuba anda pergi ke forum peminat laman web rasmi pasukan kesayangan anda di england tu dan bagi cadangan guna jersi kelabu bagi satu musim. saya pasti sebanyak 80% anda akan digelar 'musuh dalam selimut' kerana cuba menyebarkan badi oleh peminat peminat yang sememangnya lahir di liverpool mahupun kota london

Sabtu, 24 Mei 2008

saya bosan. terima kasih

aktiviti boring saya sekitar setengah jam yg lalu : tunggu bai roti lalu depan rumah (ok la sebenarnya aku tak tunggu pun, tak penah tau pun jadual perjalanan bai roti/apek eskrem/lori tilam/lori paper/lori ikan&sayur²an di kawasan aku nih..) kebetulan bai roti lalu, aku pun laung la agak medium volume.. "Baiii~!" skali tgk bukan bai pun... hahaha malu aku. then aku cuba tgk ape bende yg aku boleh beli dgn rm2.. belek punya belek... dang, roti krim pun dah 60sen skang... so aku pun beli la dgn perasaan separa menyesal.. "stakat nak beli roti krim 60sen baik aku beli kat kantin opis je" tapi pasal dah tahan, takkan tak beli apa plak kan, nanti rumah aku kena blacklist, dah susah mak aku nak beli roti bai tuh... sesungguhnya aku rindu zaman rambang mata tgk tong moto tuh dgn memacam jenis 'designer junk food' yg aku boleh borong tak ingat dunia.. klu dulu.. rm5 tak cukup wo aku sorang borong memacam, imajin je la.. 15-20years ago, rm5 bleh beli dua tiga kampit besar kam-kam... sekarang, bai roti tuh klu tau aku bawak rm5, mungkin dia lebih rela tak berenti kot..

fakta klise : pembawa eskrem bermoto slalu dipanggil apek dan pembawa roti&'designer junkfood' bermoto slalu di panggil bai atau ane.. kenapa eh?

Isnin, 28 April 2008

penjenamaan semula...

perbualan awal pagi semalam

kawan : eh, satu hari nanti jom pegi pasar subuh..
aku: pasar subuh? kat mana tu?
kawan : aku dengar dekat (rahsia), tetiap awal pagi sampai subuh ada matpet jual barang².. jom tgk kot ada barang murah boleh angkat..
aku: hmm..
kawan : ko penah dgr ke pasal tempat ni?
aku: macam penah, tapi slalunya orang sebut pasar karat..
kawan : ntah, aku dengar orang sebut pasar subuh, sejak bila diorang panggil pasar karat?

...peh, pandai betul matpet nih guna konsep rebranding skang eh...

Sabtu, 26 April 2008

jambatan stamford tetap ukuh!

here's what i think about last night chelsea vs manchester united's game at stamford bridge :

Linesmen 2 - MU 0. it was a one sided game. thanks for the linesmen

it was MU's 'safe it for the champions league' game.. so losing is not that bad right?

i think the game was rigged. not by bookies, but by the FA itself. i have the conspiracy theory for quite some times now and interestingly it fall in places with what i have in mind.

lampard can now consider leaving london for milan with ease since chelsea got adequate cover in midfield and the likes like sidwell can plan his playing time and role for the next season as the 3rd best center midfield in the squad. thats like moving 2 ranks from current season expectation

its always interesting to see three captain of their country in one team arguing which should be done during game play since they know it best.. so who needs the manager, right?

blazing temper : rio ferdinand vs martin keown.. ferdinand still have a long way to be at mr keown attribute

for once, i would love to see sir alex got bombard by MU's fan for choosing the wrong lineup/tactics.

never have i thought, i will ever see chelsea bringing in 3 high profile striker in one game, in one lineup of formation. i only see this in video games

shevy can start considering swaping position into defense after that last save. heck he can even start back the sweeper position craze.

with that look. i still think avram grant makes a disturb, goth-looking school headmaster

the other striker in MU's rank now have additional pressure to perform since rooney can still score with a waist ache. whats left for an excuse?

for the record : MU last two game is against west ham and wigan while chelsea's is newcastle and bolton. tricky game indeed

Isnin, 21 April 2008

sengalnya..

tak sabar jugak aku nak tunggu hujung bulan nih... mmg aku nak bekam jugak badan aku nih.. dan sesungguhnya aku sangat tempted nak bekam di kepala... tapi lepas tuh larat ke aku nak balik sorang sorang? huhuhu...

Selasa, 1 April 2008

this, i have to see...

Then, at the end of June, ABC will launch its Tuesday night entries. The new "Wipeout" competish will air Tuesdays at 8 p.m. starting June 24; also that night, the reality gamer "I Survived A Japanese Game Show" - in which Americans are flown to Japan to take part in one of the nation's notorious physical competitions - airs at 9 p.m.

.. i can't wait ;P

Isnin, 31 Mac 2008

baby, can i have your number?

sebenarnya aku bercadang nak blog pasal pengalaman aku sesat di melaka waktu kursus bebaru ni. tapi malangnya henpon aku baru saja ilang di damansara. di sebuah tempat makan yg agak femes tapi dah buka di tempat lain yg berdekatan dengan tapak lama (haa teka jangan tak teka.. tapi takde hadiah la kan.. hp sudah ilang lagi mau hadiah ka? busuk la korang... hahaha). hangin je. dah la staff² dia lurus betul. dah tau tempat baru nih guna sistem pesanan makan minum bersepadu berkomputer guna sistem IT yang senang crash, jangan la sampai customer order sky juice pun nak kena key-in and jammed the already crash system with new order.. just give the dang sky juice as complimentary while waiting for the real deal la kan. dan paling best, aku sempat la tanya staf dia dgn sinikalnya, "kalau saya tercekik, kena key in jugak ke air kosong tu?". so selaras dengan fungsi staf tuh sebagai front end staf yg tiada kuasa untuk menunda peraturan kerja dan takut gaji kena potong mungkin sebanyak rm50 (minimum) kalau bagi air kosong tak ikut que... agak aje la apa jawapan dia.. ingat, mereka nih lurus orangnya dan aku tak rasa jawapan mereka juga berunsurkan sinikal (maaf, masih tiada hadiah untuk peneka yang tepat, saya baru hilang henpon kan...).

aku takde isu dengan mutu makanan/minuman yang dihidangkan. tapi malam tadi aku memang ada isu dengan servis. memang 'potong' selera bila terpaksa biarkan makanan sejuk depan mata semata tunggu air yg tak kunjung tiba. jadi lepas berjaya jugak dpt air yg kitorang order, yang datang lepas habis makanan, dengan pantasnya aku dgn epi gerak. asalnya epi amik aku nak bawak ke rumah baru dia so singgah ke situ untuk quick dinner. tapi pasal dah berapi dengan servis yg mengeciwakan, habis je air, terus tinggal duit, terus blah.. dan disitula episod kehilangan henpon bermula. ikut geram, bukan stakat tinggal duit je, habis dengan henpon pun aku tertinggal. jadi kesimpulannya aku bayar makan/minum + servis ampes = duit + henpon... baik punya tip aku bagi. untung la sape yg dpt henpon tuh. aku pun cuma terperasan lepas dah lepak kat umah epi after 1hour plus. selepas tgk dvd satu. datang balik, sebenarnya aku agak positif yg henpon aku mmg tertinggal kat tempat makan tuh. aku 110% pasti. waktu dah nak sampai tuh. hp tuh off, dah agak dah mesti dah kena kaut. cuma tak tau sape. dan apa yang mengejutkan bila aku tanya staf² yg ada kat situ. takde sorang pun claim nampak apa² atas meja. kenapa aku cakap aku terkejut, pasal sepanjang aku kat situ tunggu makanan. aku perasan yang klu customer tunggu pesanan makan/minum, agak lambat sampai tapi kalau bab cleaning, 30% kurang efisyen dari pit crew team formula f1 paling slow. jadi agak mustahil takde sorang pun staf yg prasan ada henpon atas meja sebelah pinggan kosong.

memula aku saspek jugak kot ada customer yg kaut since aku agak suka dgn makanan tempat tuh dan try yakinkan hati bukan org situ yg buat since aku taknak la pangkah kedai yg aku suka pegi. tapi bila check itemised bill. ternyata ada nombor asing yg di dail. dan aku takde sedara mara kat sana. konperm dan pasti. klu ada pun mungkin sedara mara yg dah terlalu jauh sebanyak tujuh generasi. begitu la jauhnya perhubungan persaudaraan aku dengan org dinegara tersebut. takpe la. tgk la esok camne. memang dah janji dengan owner kedai pun nak follow up esok. skang dah pukul 3pagi. tak larat dah nak pikir apa.

p/s : sorry alvin.. i'll make up to u.. next month perhaps

Isnin, 24 Mac 2008

arghhh... just.. arghhh

maybe i have to tell myself this everytime im doing something with the codes.... "page layout, let it be, thankful.. good.... editing... badddd"


now i've lost some of the link and im not in the mood to retype all that.. not in the near future... maybe when i feel like it.. shuck~

Jumaat, 14 Mac 2008

Sunburst. Here I Come..

selepas 'tumpang happy' dgn kegembiraan kengkawan yg telah berseronok di Java Jazz.. kini giliran aku plak bergembira di mont kiara sabtu nih.. sebenarnya, aku tak rasa bergembira adalah ayat yg tepat. lebih kepada berpenat-gembira di sana. walaupun semakin dekat dengan hari kejadian, makin ramai plak yg tak jadi memunculkan diri. nih semua dugaan nih. kenapa la lepas aku beli tiket sebulan yg lepas mcm nih dugaan yg sampai. sabo je la aku. tapi takpe. demi duit yg sudah dilaburkan, aku pegi juga esok nih. yg penting aku beli tiket time harga tgh murah. and aku agak tak paham macam mana boleh muncul citer tiket sudah habis dijual. bukankah untuk satu festival music yg grand, sepatutnya ada stok tiket simpanan incase ada kes tak cukup order? lagipun tempat tuh open, bukannya dalam dewan. nih mesti kes ada quota tapak kaki yg dibenarkan pijak kat padang nih, takut padang rosak, kesian kuda tak bleh main polo.. errr betul ke buat kat padang?

anyway, tadi aku semak jadual show. utk kesekian kalinya, berubah lagi jadual. aku dah set elok elok dah flow program aku nak buat stage hopping, dah kena reprogram balik. nasib baik tergerak hati aku nak semak. klu tak sure aku akan jadi extra hostile kat tempat yg mungkin ramai orang. dah la aku mmg senang rimas klu org ramai nih. aku rasa malam nih aku akan study habis² website sunburst utk tahu selok belok yg sepatutnya mcm stage layout & activity places, so aku bleh time semua movement aku esok. dan elakkan berada dari berada ditempat yg salah. cuma tuh la.. jangan la berubah lagi isi website sunburst nih. harus jugak aku balik pineapple kat organizer esok.. ingat, esok aku extra garang.. jgn ingat aku tak mampu buat, sesilap aku pun tak percaya aku bleh buat. so how?




  • biru : 'flow' utama.
  • hijau : 'detour' yg mungkin diambil sekiranya berlaku perkara perkara yg tidak diingini.
  • sungguh byk konflik kan?

Jumaat, 7 Mac 2008

i didnt remember it was this entertaining..

i know the song, i know it has catchy phrases and melodies, i remember the lyrics was something like "marilah mari, pergi mengundi, tunaikanlah kewajipan pada negaraaa..." but that was about it. i didn't remember it was this full of spirit.. gosh, too bad i wont be able to salsa-ing my way to the vote station or while queuing for my turn to vote tomorrow... *sigh*




aku masih tak puas hati.. kenapa takde bunyi background "Yeehaaa... ariba ariba".. pasti asyik~!

Isnin, 3 Mac 2008

Comedy Court.. Where Some Serious Laugh Is Needed

i actually enjoyed watching them...



it sure made my day.. more of them here

Rabu, 20 Februari 2008

kambing pun reti senyum..

aku baca suratkhabar dari kecik lagi, walaupun waktu kecik aku cuma suka bahagian kartun, tapi sesuatu yg tak pernah stop amuse aku ialah satu kartun ni...




haha~!

Khamis, 14 Februari 2008

semua perempuan sahaja...



Start Time: Saturday, March 29, 2008 at 9:00pm
End Time: Sunday, March 30, 2008 at 12:00am
Location: Bojangles, Hartamas
City/Town: Selangor, Malaysia


Description

An All Girl Hiphop Show.

Watch Iylham, osixnine, Pashionate, and Stagefrite take to the stage, mics in hand - you've never seen this before.

Tickets are available end of February onwards. Also can be purchased on the event night. RM 25 and you get a complimentary beverage.

People been asking if "All Girl" means only girls can come. Uhm. Capital N - O. It means, the main acts are ALL GIRLS. Boys can come, comprehende? Muy bien.

Keep ya heads up and ya heels polished.

See ya'll March 29th.

Rabu, 13 Februari 2008

kehadapan presiden cuepec...



... rasa² anda, apekah perasaan presiden cuepec kalau ada tuntutan untuk perkara macam ni? boleh follow up ka?

Selasa, 12 Februari 2008

NBT.. maukah anda kesana?



should i say more?
jangan cakap aku tak ajak plak

Isnin, 28 Januari 2008

keputusan yg tepat.. pasti

malam ahad tadi adalah antara keputusan yang rasanya habis tepat penah aku buat dalam masa terdekat nih. keputusan untuk meredah hujan (dengan selamat), tak tengok AJL (skaligus tak bagi sokongan moral kepada kegnkawan yang terlibat.. sorry~!) semata nak tengok reza salleh, yuna dan.. ermm owen nicholas perform di no black tie. something about that place make u say "ooh, have to go there~!" maybe the place setting, the acoustic, maybe the performer.. tapi yang nyatanya, konsep persembahan yg cozy dan layback memang sesuai dengan tempat tu. all u need is an acoustic guitar, piano, or maybe violin.. and no loud music (or maybe im just too old for loud stuff?).. and u wont realize how time flies, how u've been spending 2-3 hours of good acoustic music by 'nice' musician and songwriters.. which malaysia never seem to lack nowdays. thank god!

at first terasa gak macam berat kaki & hati nak pegi kl just to watch a 10pm show consist of three performer, dah la hujan, takut dah sampai nanti dah miss 2/3 of the performer.. but luckily me and syai manage to catch owen nicholas 2nd last song for his first set. otam was at the staircase greeting us. nasib baik dia datang... dalam hati risau jugak.. kalau tak takbleh balek woo
then there was reza salleh.. as usual, doing his thing, wooing the best of people in the venue regardless of gender with his song. and his light joke seems to work everytime (everytime disini bermaksud baru dua kali ku lihat performance dia, dua kali jugak light joke dia menjadi thru out the session).. nice lad by the way. then waktu tengah tengok reza perform, saya disapa oleh cik yuna.. she's nervous.. can u believe that? i didnt bite it. dia dikelilingi kawan² and ayahnya, she's about to perform in a nice place. whats there to be nervous about? saya lagi jeles dengan 'pencapaian' dia ketika itu... (hahah, terkeluar jugak ayat skema aku).

bila tiba masa yuna perform, i think the pre-stage jitter seems to change into a fuel for a wonderful performance. sapa kata jitter itu tidak bagus? janji tak over gugup sudah, u wont messed up that bad~!. she belted out four song (i think.. saya lost didalam aura tempat tu, all performance dihayati sedalam dalamnya) and an encore with a beautiful cover of 'polaroid' originally done by Oh ChentaKu!... personally, saya rasa suara Mior OCK harus diselitkan sebagai 'distance scream' in one of the chorus since aura lagu polaroid versi yuna masih ada 'dark' feel... just in case lagu ni akan masuk dalam studio dan projek yuna akan datang..

sayangnya, malam tu reza salleh cuma perform satu set. but its consider fair since the other performer, owen nicholas came all the way from england to perform, so it's only fair to give the lad a 2nd round of heartfelt performance. during his 2nd round on stage, he did mention his album is going out soon, but what sound as a good news turn out to an almost waste when the singer/songwriter say he's not sure whether it will be available in malaysia. sure, he's not exactly jack johnson or jason mraz to my ears but for such a talent, u definitely wish u could have something from the lad. lets just hope his album will make his way in our local store.

perghh.. gila rojak post aku... bila la aku nak berjaya post blog dalam satu bahasa je nih?

Jumaat, 25 Januari 2008

Resah by Nitrus



RESAH
Nitrus

Berapa lama harus aku tunggu
Kata setuju kamu
Kau biar aku menanti pilu

Kau diam bisu buat aku keliru
Mana tuju hatimu
Usah biarku resah menunggu

Raut wajahmu bisa ditelahku
Kau masih belum tentu
Apa ada rasa dalam hatimu

Datang padaku cerita padaku
Ungkapkan rasa itu
Apa saja buat hilang ragumu

Sesungguh tak kau tahu
Diriku ada kamu
Akan ku relakan semua ada ku untuk mu

Mungkin bila kau tahu
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu…


sejak kebelakangan ni asyik dengar lagu ni je. lagi dengar lagi rasa tak puas... ala touching la plak...

Khamis, 17 Januari 2008

aku hampir terlupa

oh yeah, buat beberapa ketika aku hampir terlupa yang aku ada blog. aku ada niat nak bertulis tettapi slalu aku terarahkan niat nak menulis ke blog lagi satu ni. dedikasi la kot.. konon. dan kesibukkan untuk org yang baru bekerja macam aku nih mungkin menjadi penyumbang sebab utama kenapa aku kurang masa nak berblog.

.............


..dah hilang balik point aku nak bertulis. kekadang benci gak bila mood tak datang skali dgn idea. anyway.. meh recap balik apa yg dah jadi kat aku since raya haji...

tahun baru.. takde apa yang terjadi. kekonon nak kluar, alih² terlena waktu tunggu reply sms.. haha

layar tanchap januari.. owh, antara yang terbest pernah terjadi... tahun baru nih lain macam mood dia, capacity crowd bebeh!! insyallah, inilah yang membangkitkan semangat untuk bagi yang terbaik akan datang.. insyallah bulan mac nih.. ;)

(aku sebenarnya nak buat laporan event kat blog layar tanchap, tapi pasal masih kekurangan sumber mcm video yg dah diupload dan gambar, aku delay kan dulu.. tak sedap plak buat laporan tak bergambar nih)

owh.. aku ada cd-to-get wishlist baru... aku nak cari&beli Double Take's, Mia Palencia's, Reza Salleh's, Altimet's.. in this order.. since altimet's first among equals cuma akan kluar bulan depan.. jadi aku letak priority paling belakang.. tapi tu la... sapa tau mana nak carik album double take & mia palencia nih? dulu aku pernah la jumpa link utk beli album double take tapi aku dah tak ingat mana pegi link tu.. google asik jumpa benda lain je. mia palencia mungkin boleh di direct order dari website dia.. kot.. (statement di perenggan atas ni sebenarnya adalah dari aku yg malas nak google around. klu ada org nak 'suap'kan info mmg aku hargai.. huhu)


oo dan terima kasih kepada encik alvin kerna mengenalkan aku dgn gabe bondoc... tapi yg tak terima kasihnya kenapa ko promote kat aku arits yg EPnya susah nak carik. adehh~