Ahad, 26 Ogos 2007

the return of remaking tv series..

disebabkan kebosanan tahap melampau, ari nih je aku mampu padam 100 lebih spam account kat souldelite. dan disebabkan bosan jugak, aku sanggup browse website eztv semata mata nak cuba teka ape tv siri yg menarik utk di usha dan sedut. mmg kerja gila la cuba browse satu satu tajuk siri tv yg ade kat pasaran antarabangsa sekarang nih.. aku rasa ini la kerja gila tangga ke 143 lepas cuba baca dan hafal kamus.. sebarang jenis kamus. mmg banyak senarai rancangan tv siri yg ada. jadi aku kecik kan skop pencarian aku dgn usha tajuk siri tv yg baru dalam musim pertama. dan akhirnya perhatian aku kepada dua tajuk nih.. the traveler, flash gordon 2007 dan the bionic woman...

berbanding the traveler yg agak moden dan original dari segi jalan cerita. aku mcm tak berkedip mata bila tgk dua tajuk lagi nih. ok, aku dah pernah dgr pasal projek remake bionic woman dan kebetulan file yg ada cuma preair episod... yg mana aku pun tak paham dgn konsep preair nih. nnt dah abih sedut klu aku rasa menarik aku share lagi. dari apa yg aku baca keliling. ramai org tak puas hati dgn proses me'modern'kan kisah jamie sommer nih. produser siri ni 'ditegur' atas dua perkara, satu sebab guna pendekatan industri komik yg suka 'revamp' jalan cerita asal dgn menukar background jamie sommer dan kedua, pasal dgn menukar background, akan merosakkan ingatan fan bionic woman terdahulu semata nak carik fan base baru yg rata rata akan bagi pandangan ' so pompuan nih ade tangan bionic, dia cacat ke?' mereka risau pasal kekanak skang nih dah tak brape heran dgn bionic-mionic nih. lain la mcm zaman aku kecik² kecik dulu.. robot kecik saiz tapak tangan yg boleh simpan kat beg sisi nih aku kira dah habis cool... tapi team produser nih tetap dgn niat nak hidupkan balik bionic woman nih. diorang ckp "any true fan of bionic woman, will see this as a great comeback" marilah kita berharap yg comeback nih akan dijustifikasikan dgn sempurna dari segi jalan cerita dan harapan peminat.... satu je soalan yg aku rasa ramai org nak tanya producer nih.. watak steve austin akan buat penampilan khas tak?

yang pasal flash gordon nih plak... hmm ntah la.. tak teruja plak nak gledah net nak carik forum diskusi paal flash godon nih.. so far dah cecah tiga episod on air kat tv.. tapi aku baru jumpa tadi.. tak tau la.. dari aku kecik sampai dah kebesar bangka nih.. aku tak berkenan dgn flash gordon.. ape yg best pasal flash gordon pun aku tak tau.. dan aku paling tak suka bila org refer flash gordon as flash.. cukup foul bila dgr org panggil si gordon nih camtu.. pasal dalam kepala aku dah register, nama flash utk satu karekter komik DC yg pada aku dah cukup cool pasal dia bleh jalan merangkak sama laju mcm kereta f1 kat jalan lurus. superheroes rock gitu!!!! dan sesungguhnya aku masih cakap plasticman lebih cool dari flash gordon.. klu nak tambah alvin & the chipmunk dlm perbandingan tuh pun, aku masih letak flash gordon kat tempat last.

takpe.. ape ape hal pun aku tunggu heroes season 2 dan everybody hates chris nak kluar balik september nih.. dna aku masih duk tunggu nak tgk heroes season 1 unaired pilot... huhu

0 ngomel: