Isnin, 26 November 2007

just jivin'..

it's simple.. it's crazy.. and i've been looking for the song
(if u know where i can get it, lemme know)





... i wish i can do that.. it's freakin' awesome!

Sabtu, 17 November 2007

isi forwarded email...

dalam sehari, berapa banyak kamu² dapat forwarded email? dalam ramai² kamu.. berapa ramai yang suka dengan isi forwarded email ni? tak dinafikan, gejala forwarded email nih ada masanya agak baik kalau pandai disesuaikan dengan niat dan isi yang betul, kekadang tu ada yang berisikan hiburan dan info yang mungkin elok dikongsi bersama. tapi lets face it. yang buat kita tak gemo dengan forwarded email nih bila kita dapat crapy stuff. contoh crapy stuff yang aku maksudkan nih bila kita dapat email yang sama tapi tajuk dia berbeza, aku tak tau la orang lain tapi aku dah jemu dapat email yang mengatakan askar US dah kumpul peralatan/pengangkutan perang dalam volume yang banyak di tepi negara yang bermasalah macam afghanistan, israel, iraq dan bersedia untuk deploy KESEMUA kapal perang tersebut. kalau tengok gambar memang la meriah dengan segala jenis weapon of destruction tersusun rapi macam showroom tapi kenapa gambar tu semua sama je?

dan contoh kedua yang aku jemu nak terima email yang ingin menunjukkan isi rumah pemain bola /selebriti /politician /businessman yang ada open hall. depan dia ada swimming pool yang seolah olah takde dinding keselamatan dan boleh menarik manusia yang ada didalam pool tu untuk jatuh terkeluar dari pool tu ke bawah cliff (did i mention yg rumah tuh di lereng bukit mengadap laut?) selepas menerima agak banyak email dengan rumah yang sama, secara lawaknya aku terpikir yang mungkin kesemua nama yang diassociatekan dengan rumah tuh adalah.. housemate. paling tidak pun diorang guna kontraktor dan blue print yang sama untuk that part of the house. dan apa yang menariknya aku dapat email² macam nih sejak aku kenal internet pada tahun 1997. the picture is always the same, cuma nama subjek yang dikaitkan aje berubah.

dan hari ni. aku dapat a few more. tapi aku nak ketengahkan yang ada isi macam, agak berguna untuk diketahui umum tapi aku sendiri tak tau kesahihannya. so please. before all of you take my word for it, check with the responding authorities.

email #satu

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.

Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkan pd kenalan rapat…
kalau betul : nampaknya, lepas nih aku takkan rasa risau kalau kena rompak/paksa keluar duit di mesin ATM. aku boleh keluarkan duit dalam keadaan yang amat tenang dan boleh, sebelum serahkan duit pada penyamun tu, senyum dan ucapkan "terima kasih" dan lambai diorang sambil laung " jalan elok² ye!" selepas diorang cuba nak lari. dah dekat macam polisi kena rompak kedai runcit berhawa dingin di malaysia ni. berikan kerjasama kepada perompak dan ikut arahan untuk keselamtan nyawa pekerja sendiri.. no problem there.. TAPI jangan la pepandai nak try function ni. rujuk la dulu kat kaunter information bank dan personel bank yang sepatutnya. mungkin, sistem nih memang ada, tapi tak semua bank ada.. kot.. sebab setau aku, sesatunya sistem sekuriti yang confirm ada, bila korang salah masukkan no PIN korang di mesin ATM, kad korang kena 'telan'. jadi worst case scenarionya mungkin macam ni : korang tak dapat keluarkan duit, perompak jadi marah.. dan kalau area tu clear time perompak tengah marah, tak mungkin dia akan ajak ko pegi minum untuk berborak dan menceritakan masalah dia kat ko kan? pastilah sesuatu yang tak diingin berlaku. jadi word from the wise ialah : TANYA BANK DULU!


email #dua

Subject: Beware of stranger's SMS 012-4928392
-----------------------------------------------------------------------------------------

Hi guys and girls,
Below was the content taken out from my brother's email to me, this was
what happened to him this morning......so every one of us be careful
when receive any SMS from stranger.

Today morning, while I still sleeping, I heard my hand phone SMS tone
ringing. Then I open my eye and c, got a sms from number 012-4928392
send me a sms with content :"Long time no see already, how are you
now?" First when I saw this SMS I thought it maybe from my old friend...
then i reply:"Fine how are u"

Then at 10:30am, i receive a message from the same number and the content
shocked me: "Anda telah memilih untuk mengaktifkan perkidmatan kami, cas
sebanyak Rm10/mingguan akan dikenakan sebagai yuran perkidmatan. Untuk
membatalkan perkhidmatan, sila SMS FINE OFF kepada number 333431 and
sebanyak RM20 dikenakan untuk setiap sesi pembatalan."

I quickly check my balance and my account had already being
subtracted RM15!!!

Just now I email Maxis to report the case and asked maxis to trace this
number, and Maxis said will give me the report by tomorrow.

Regards,
Cheah Tze Chan
- the victim : 12/10/2007 -

kalau betul : aku tak heran kalau benda² macam ni berlaku. walaupun aku pernah kerja di syarikat telco sekejap je. jenis² fraud servis macam nih memang boleh wujud. jadi rajin² la semak dengan syarikat telekomunikasi korang kalau korang rasa korang mangsa "penterbalikkan ayat terma & syarat" 3rd party content provider ni. kadang² salah sistem, tapi lebih penting, sebelum langgan apa apa pun perkhidmatan sampingan, tak kisah la content 3rd party ke, telco's own content services ke.. semak term & condition dulu dan jangan berat mulut untuk call customer service company yang sediakan perkhidmatan tersebut dan dapatkan info caj dan bayaran perkhidmatan. kalau rasa info yang diberikan nanti tu macam "something wrong" ataupun plain out not in your budget of expectation... JANGAN Subscribe!


info tambahan : tahukah kamu POS Malaysia menyediakan perkhidmatan "personalized stamps" untuk syarikat dan juga individu? walaupun servis nih agak tak mengherankan untuk sektor koperat. tapi aku sendiri baru tau individu yang mampu juga boleh buat benda yang sama. Check out this link!

apa tajuk aku kali ni?

hari ni aku bangun agak lambat. walaupun asalnya aku dah cukup tidur sehari sebelum tu. mungkin pasal aku tidur lambat malam tadi. tapi tak kisah la. hari nih hari sabtu. bukan ada plan pun. plan malam tadi pun tak terjadi atas sebab yang mungkin joes je tau.. hahaha.. kesian. anyway....


.. aku dah lama tak blog, pasal apa ek? takda benda yang boleh diblogkan pun. hidup aku berlangsung dengan kadar normal. cuma satu je benda yang best berlaku. aku dah mula bekerja 1 november 2007. jadi konon²nya aku mengfokuskan tumpuan aku kepada tempat kerja baru, persekitaran baru, tatakerja baru, kerja baru. tak dinafikan last aku kerja ofis, walau sama macam mana pun kerja tu, persekitaran dan orang²nya memainkan peranan yang penting untuk menjamin nilai dan prestasi kerja. dan aku sungguh bersyukur aku dapat kerja yang akhirnya dikelilingi manusia² yang best. satu bangunan tu macam famili. kekadang tu rasa macam zaman sekolah, bila kita jadi student transfer baru. satu sekolah akan carik untuk berkenalan. dari classmate, budak² kelas sebelah, pengawas², cikgu², makcik dan pakcik kantin, tukang kebun sekolah semua tau yang kita ni budak baru. semua tak lokek senyum, dan semua ada je teori yang nak diketengahkan. nampaknya memang betul la apa yang orang selalu cakap.. kalau tak ibu, sekurang²nya ayah.. they know what's best for you

aku sungguh lapar ketika aku mengadap pc dikala ini. mana la agaknya janji yang nak keluar makan malam tadi tu? aku dah bawak lapar sampai ke petang sabtu ni ha....huhuhu

Khamis, 25 Oktober 2007

why cant we have this?

whoever wrote this is brilliant! i mean, a little bit of fun while doing your traffic report is ok right? add a little music, the caster get on the groove.. and still they deliver the news! who ever said that only gorgeous cleavage revealing sexy weathergirl should make the cut.. they are outdated


having trouble to view? check this guy out here

on a second thought... a dancing gorgeous cleavage revealing sexy weathergirl is not a bad idea after all.. hehe

Jumaat, 19 Oktober 2007

selamat...

hmm aku masih takde idea nak tulis apa. aku tak berjalan raya, tak jumpa sedara mara, paling habis bersosial pun aku pegi rumah joes dan pi coffeenet. lepas tuh balik rumah sambung tengok siri tv. bohsan jugak sebenarnya tapi siri tv yg aku muat turun berjaya jugak la penuhkan hari aku.

walaupun aku baru lagi ada blog site.. (penulis blog.. is it blogger or blogist? ke pemblog?) tapi sejak dua menjak nih memang aku rajin meredah blog org... ade yang blog personal, ada yg pandai memaksimakan penggunaan blog dengan menjadikan tempat karya 'kreatif', ada yang buat bisnes dengan blog... memang dalam kemajuan teknologi nih, widget haprak pun boleh berpotensi jadi macam macam. tak banyak blog yang boleh tangkap perhatian aku. aku suka ditawan secara first impression.. tapi malangnya lagi banyak aku browse. makin berkurang anticipation aku nak redah blog² nih... jadi macam mana nak tangani masalah camni? untuk masa terdekat ni, senang je... aku limitkan browsing ke favorite site je. no more new uncharted territories.. at least for now. to keep my interest in prime mood, limiting my time on the net seems to be the best way..

shoot~, aku kena gradually remove perangai malas aku.. november nih dah start keje... sishh


rajin pojan rajin,
rajinlah menulis,
bila kerje nanti,
takde la tulisan cam cakar ayam sampai ayam pun marah pasal guna nama kaum dia diassociate dgn tulisan tangan aku... huhu

Khamis, 11 Oktober 2007

sesuatu yang mungkin kita lupa...

..... sebenarnya aku macam nak ngomel dgn agak panjang tapi bila pikir aidilfitri sudah ada di hujung simpang (around the corner la tuh!) secara automatisnya aku jadi tidak... tapi aku ade gak buat ucapan kat souldelite.com (tapi bila tengok balik dah macam ucapan terima kasih kat cd sleeve plak... ahaks~)

dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua kengkawan yang beragama islam. tak kira dimana kamu semua berada. semoga salah dan silap setahun ikut kalendar islam nih dimaafkan. sesungguhnya salah dan silap kamu telah di'switzerland'kan... mana yang salah silap yg korang rasa korang buat kat aku setahun sebelum tuh pulak aku dah lama tak amik pot. 'Forgive & Forget' bak kate encik Davis Jones.

pada sesiapa yg rasa tak paham apa aku tulis ni. ringkasnya aku maafkan salah korang kat aku. semoga terbuka di hati dan minda korang untuk berlaku sama. semoga Allah mahu menerima maaf kita itu dan menjadikan kita a better person, if not perfect...

kepada kengkawan yg memandu di musim perayaan nih. jangan la menyumbang kepada perkembangan negatif statistik pdrm, polis trafik, bomba, hospital, jpj, jabatan alam sekitar, petugas lebuhraya, tonto, pakcik makcik yg nak melintas jalan memalam pegi balik dari surau dan yg berhubung kait. cuba la ikut perangai yg sesuai ketika memandu.

kepada mereka yang berkira kira nak jemput aku datang open house korang. hmm terima kasih daun keladi. insyallah, ada rezki pasti aku datang. tapi andai molek invite tuh jangan la bagi dalam email. takut tak dan nak check. maklum la raya mana ade masa nak bertenet nih.

Ahad, 7 Oktober 2007

aku yang separa rajin..

kepada mereka yg tak sabar nak tgk konsert beyonce kat kl. aku baru terserempak dengan berita di yahoo.com yang mengatakan konsert pertama beyonce di kl telah dibatalkan atas masalah konflik jadual. tapi mengikut sumber lain, konsert tu dibatalkan oleh pihak beyonce kerana mereka tak bersedia untuk ikut peraturan pakaian yang kerajaan malaysia tetapkan untuk persembahan artis luar. itu tak kira berlaku desakan dari beberapa pihak yang memang mintak konsert beyonce dibatalkan atas faktor risau pengaruh kepada muda belia di malaysia.

kalau tanya mesti beyonce bagi alasan tambahan tindakan diambil berdasarkan hak kebebasan untuk berkarya yang tak boleh dikompromi. dia yang nak nyanyi sukahati la dia nak pakai apa. lagipun selepas diambil kira faktor cuaca + suhu dalam dewan dibawah sinaran lampu spot + kareografi untuk 2jam, memang sukar bagi dia nak bergerak dan maintain vogue. mana boleh pakai berlitup. nak mampus? tak bernapas la dia nanti. lagipun waktu dia sepatutnya datang kesini, malaysia tengah diluar musim sale untuk dia buat last minute shopping bagi mencari baju yg sesuai untuk perform. macam mana agaknya k-ci hailey nak perform kat malaysia november nanti...


sementara itu, radiohead yang bakal melancarkan album studio terbaru ketujuh mereka tak lama lagi, mengambil pendekatan "pay as it worth" (bayar mengikut citarasa) kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan album mereka. peminat mereka boleh pilih nak bayar serendah USD0.50 hingga ke USD50 untuk album tu. terpulang. kalau rasa nak mintak percuma pun boleh. tapi tak pasti pulak kalau offer nih available untuk rakyat diluar US dan UK.


aku pernah tengok strategi marketing macam ni. tahun lepas afdlin shauki dah buat kat album fuyoo dia. tak ingat plak atas sebab apa dan tak tau plak apa hasil dia. tapi aku yang mencuba nasib tak dapat plak. mungkin pasal aku tergolong dalam kategori yang mintak percuma kot. so dalam priority list afdlin mungkin aku manusia paling laaaaaaaaaast skali yang dia nak hantar cd dia. nak kata ni semua marketing hype pun tak jugak kot pasal si Lynnz khabarnya memang dapat cd tuh lepas sekali try. mungkin jugak pasal dah habis stok. hmm... dah kaya sangat kot radiohead nak buat macam nih.


nampak sangat aku takde kerja..
SEMUA BERITA DICIKUN DARI YAHOO.COM.