Ahad, 7 Oktober 2007

aku yang separa rajin..

kepada mereka yg tak sabar nak tgk konsert beyonce kat kl. aku baru terserempak dengan berita di yahoo.com yang mengatakan konsert pertama beyonce di kl telah dibatalkan atas masalah konflik jadual. tapi mengikut sumber lain, konsert tu dibatalkan oleh pihak beyonce kerana mereka tak bersedia untuk ikut peraturan pakaian yang kerajaan malaysia tetapkan untuk persembahan artis luar. itu tak kira berlaku desakan dari beberapa pihak yang memang mintak konsert beyonce dibatalkan atas faktor risau pengaruh kepada muda belia di malaysia.

kalau tanya mesti beyonce bagi alasan tambahan tindakan diambil berdasarkan hak kebebasan untuk berkarya yang tak boleh dikompromi. dia yang nak nyanyi sukahati la dia nak pakai apa. lagipun selepas diambil kira faktor cuaca + suhu dalam dewan dibawah sinaran lampu spot + kareografi untuk 2jam, memang sukar bagi dia nak bergerak dan maintain vogue. mana boleh pakai berlitup. nak mampus? tak bernapas la dia nanti. lagipun waktu dia sepatutnya datang kesini, malaysia tengah diluar musim sale untuk dia buat last minute shopping bagi mencari baju yg sesuai untuk perform. macam mana agaknya k-ci hailey nak perform kat malaysia november nanti...


sementara itu, radiohead yang bakal melancarkan album studio terbaru ketujuh mereka tak lama lagi, mengambil pendekatan "pay as it worth" (bayar mengikut citarasa) kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan album mereka. peminat mereka boleh pilih nak bayar serendah USD0.50 hingga ke USD50 untuk album tu. terpulang. kalau rasa nak mintak percuma pun boleh. tapi tak pasti pulak kalau offer nih available untuk rakyat diluar US dan UK.


aku pernah tengok strategi marketing macam ni. tahun lepas afdlin shauki dah buat kat album fuyoo dia. tak ingat plak atas sebab apa dan tak tau plak apa hasil dia. tapi aku yang mencuba nasib tak dapat plak. mungkin pasal aku tergolong dalam kategori yang mintak percuma kot. so dalam priority list afdlin mungkin aku manusia paling laaaaaaaaaast skali yang dia nak hantar cd dia. nak kata ni semua marketing hype pun tak jugak kot pasal si Lynnz khabarnya memang dapat cd tuh lepas sekali try. mungkin jugak pasal dah habis stok. hmm... dah kaya sangat kot radiohead nak buat macam nih.


nampak sangat aku takde kerja..
SEMUA BERITA DICIKUN DARI YAHOO.COM.

3 ngomel:

Lynn berkata...

habis stok kottt...

BTW lega jugak Beyonce tak datang. Pasal 27th tu I got 2 big weddings to attend. So takdelah terkilan miss concert tu muahaha

(Priotities, Lynn, priorities!) :P

nerdfreak berkata...

concert beyonce bukan schedule on nov 1st ke? takpe.. november nanti banyak musical event lain

Lynn berkata...

yang I nampak kat local papers, the original date 27th Oct. Ke derang yang confuse dgn JT's supposed concert? haha.

yang penting, dua dua tak jadi datang Malaysia. Tunggu Live & Loud je la kot