Sabtu, 17 November 2007

isi forwarded email...

dalam sehari, berapa banyak kamu² dapat forwarded email? dalam ramai² kamu.. berapa ramai yang suka dengan isi forwarded email ni? tak dinafikan, gejala forwarded email nih ada masanya agak baik kalau pandai disesuaikan dengan niat dan isi yang betul, kekadang tu ada yang berisikan hiburan dan info yang mungkin elok dikongsi bersama. tapi lets face it. yang buat kita tak gemo dengan forwarded email nih bila kita dapat crapy stuff. contoh crapy stuff yang aku maksudkan nih bila kita dapat email yang sama tapi tajuk dia berbeza, aku tak tau la orang lain tapi aku dah jemu dapat email yang mengatakan askar US dah kumpul peralatan/pengangkutan perang dalam volume yang banyak di tepi negara yang bermasalah macam afghanistan, israel, iraq dan bersedia untuk deploy KESEMUA kapal perang tersebut. kalau tengok gambar memang la meriah dengan segala jenis weapon of destruction tersusun rapi macam showroom tapi kenapa gambar tu semua sama je?

dan contoh kedua yang aku jemu nak terima email yang ingin menunjukkan isi rumah pemain bola /selebriti /politician /businessman yang ada open hall. depan dia ada swimming pool yang seolah olah takde dinding keselamatan dan boleh menarik manusia yang ada didalam pool tu untuk jatuh terkeluar dari pool tu ke bawah cliff (did i mention yg rumah tuh di lereng bukit mengadap laut?) selepas menerima agak banyak email dengan rumah yang sama, secara lawaknya aku terpikir yang mungkin kesemua nama yang diassociatekan dengan rumah tuh adalah.. housemate. paling tidak pun diorang guna kontraktor dan blue print yang sama untuk that part of the house. dan apa yang menariknya aku dapat email² macam nih sejak aku kenal internet pada tahun 1997. the picture is always the same, cuma nama subjek yang dikaitkan aje berubah.

dan hari ni. aku dapat a few more. tapi aku nak ketengahkan yang ada isi macam, agak berguna untuk diketahui umum tapi aku sendiri tak tau kesahihannya. so please. before all of you take my word for it, check with the responding authorities.

email #satu

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321.

Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkan pd kenalan rapat…
kalau betul : nampaknya, lepas nih aku takkan rasa risau kalau kena rompak/paksa keluar duit di mesin ATM. aku boleh keluarkan duit dalam keadaan yang amat tenang dan boleh, sebelum serahkan duit pada penyamun tu, senyum dan ucapkan "terima kasih" dan lambai diorang sambil laung " jalan elok² ye!" selepas diorang cuba nak lari. dah dekat macam polisi kena rompak kedai runcit berhawa dingin di malaysia ni. berikan kerjasama kepada perompak dan ikut arahan untuk keselamtan nyawa pekerja sendiri.. no problem there.. TAPI jangan la pepandai nak try function ni. rujuk la dulu kat kaunter information bank dan personel bank yang sepatutnya. mungkin, sistem nih memang ada, tapi tak semua bank ada.. kot.. sebab setau aku, sesatunya sistem sekuriti yang confirm ada, bila korang salah masukkan no PIN korang di mesin ATM, kad korang kena 'telan'. jadi worst case scenarionya mungkin macam ni : korang tak dapat keluarkan duit, perompak jadi marah.. dan kalau area tu clear time perompak tengah marah, tak mungkin dia akan ajak ko pegi minum untuk berborak dan menceritakan masalah dia kat ko kan? pastilah sesuatu yang tak diingin berlaku. jadi word from the wise ialah : TANYA BANK DULU!


email #dua

Subject: Beware of stranger's SMS 012-4928392
-----------------------------------------------------------------------------------------

Hi guys and girls,
Below was the content taken out from my brother's email to me, this was
what happened to him this morning......so every one of us be careful
when receive any SMS from stranger.

Today morning, while I still sleeping, I heard my hand phone SMS tone
ringing. Then I open my eye and c, got a sms from number 012-4928392
send me a sms with content :"Long time no see already, how are you
now?" First when I saw this SMS I thought it maybe from my old friend...
then i reply:"Fine how are u"

Then at 10:30am, i receive a message from the same number and the content
shocked me: "Anda telah memilih untuk mengaktifkan perkidmatan kami, cas
sebanyak Rm10/mingguan akan dikenakan sebagai yuran perkidmatan. Untuk
membatalkan perkhidmatan, sila SMS FINE OFF kepada number 333431 and
sebanyak RM20 dikenakan untuk setiap sesi pembatalan."

I quickly check my balance and my account had already being
subtracted RM15!!!

Just now I email Maxis to report the case and asked maxis to trace this
number, and Maxis said will give me the report by tomorrow.

Regards,
Cheah Tze Chan
- the victim : 12/10/2007 -

kalau betul : aku tak heran kalau benda² macam ni berlaku. walaupun aku pernah kerja di syarikat telco sekejap je. jenis² fraud servis macam nih memang boleh wujud. jadi rajin² la semak dengan syarikat telekomunikasi korang kalau korang rasa korang mangsa "penterbalikkan ayat terma & syarat" 3rd party content provider ni. kadang² salah sistem, tapi lebih penting, sebelum langgan apa apa pun perkhidmatan sampingan, tak kisah la content 3rd party ke, telco's own content services ke.. semak term & condition dulu dan jangan berat mulut untuk call customer service company yang sediakan perkhidmatan tersebut dan dapatkan info caj dan bayaran perkhidmatan. kalau rasa info yang diberikan nanti tu macam "something wrong" ataupun plain out not in your budget of expectation... JANGAN Subscribe!


info tambahan : tahukah kamu POS Malaysia menyediakan perkhidmatan "personalized stamps" untuk syarikat dan juga individu? walaupun servis nih agak tak mengherankan untuk sektor koperat. tapi aku sendiri baru tau individu yang mampu juga boleh buat benda yang sama. Check out this link!

0 ngomel: