Akhirnya september pun menghilangkan diri dan selamat datang oktober! Memang dah lama aku tunggu masa ni. sebagai seorang manusia yang jarang berhadapan dengan tv, dan ditambah hakikat yang rumah aku cuma ada decoder astro tanpa perkhidmatan. memang banyak program tv yang aku tak dapat nak tonton dengan kadar sekerap yang aku mau. sebaik baik aku, aku cuma dapat tengok tv selang sehari dari sesi terakhir aku menonton tv sebelumnya. itu pun tengok berita atau apa² program tv yang melibatkan event yang berkaitan dengan suasana/ keadaan keliling aku. jauh sekali nak komited dengan satu atau lebih program tv lain. memang "tak dapek jack". jadi satu satunya cara untuk aku terus ikut program² atau siri tv nih ialah dengan.. hmmm... mendapatkan dari sumber alternatif. ini adalah satu perkara berkaitan dengan teknologi yang aku suka dan setuju sangat. walaupun ia tak menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi secara amnya, tapi selagi aku tak merasa teknologi yang mampu nak buatkan breakfast aku, kupaskan buah dan kemaskan peti ais secara automatis, aku rasa inilah nikmat dari kesan pembangunan teknologi yang jitu, yang akan aku kenang secukupnya. hehe..
jadi kembali kepada topik siri tv, kalau ikutkan nafsu memang banyak program tv yang aku nak follow up baik dari jenis doku, drama, comedy, live show, talk show sampai ke iklan tapi atas beberapa faktor kekangan yang sahih, aku cuma dapat hadkan kepada beberapa saja. dan sememangnya bulan oktober menjanjikan yang rutin mingguan aku akan berputar mengikut paksi semula... huhu

sayangnya siri ni telah pun sampai ke penghujung musim ke 4 hanya pada episod 12. dengar cerita studio dah bagi lampu hijau untuk sambungan musim ke-5. cuma tak tau lagi bila nak disambung

setelah sebulan lebih asyik terjumpa artikel pasal siri tv ni. akhirnya aku tergerak jugak untuk cuba menonton episod pertama dari musim pertama Eureka! (bukan eureka program tv tahun 80-an ye!). dan rumusannya.. akan terus ku ikuti siri ini pasal ia agak unik untuk selera aku.
david duchovny is back! cuma bezanya kali ni dia tak bawak watak agen yang taksub, cuma menjadi seorang penulis yang taksub dengan pendapat diri sendiri. aku tertarik dengan cerita ni pasal karektor Hank Moody. mana mungkin seseorang yang self centered supreme, dalam masa yang sama meletakkan keluarga (anak perempuan dan bekas isteri) sebagai perkara paling pertama sekali dalam hidup? tapi itu la yang nak dijadikan cerita.... and that is what TV is all about, making the impossible a seems reality ;)


satu satunya cerita yang secara tak langsung mengingatkan aku dengan misfits of science, manimal dan automan.. all roll in one! (sapa kata takde shape changer dalam siri ni? cuba check balik..) cuma untuk melengkapkan kenangan 80an aku, siri ni takde gadget bergerak dalam bentuk motor, kereta, helikopter dan sepasukan manusia elit yang salah seorang suka isap curut dan lagi seorang suka pakai rantai berela-ela kat leher je... kalau tak, pasti lengkap... pasti

(dan ada ura² mengatakan yang knight rider akan di kitar semula dan KITT bukan hanya boleh bergerak secara automatis.. malah boleh bertukar rupa.. hmmm macam ambik konsep Viper je. baik buat balik misfits of science atau manimal atau streethawk yang tak sempat habis satu musim tu)
sepanjang season break beberapa siri tv tadi. aku ada satu program tv yang berjaya memenuhkan hari aku... hehe
0 ngomel:
Catat Ulasan