Khamis, 4 Oktober 2007

Kalau Aku Tak Peduli...

... akan aku buat blog macam melayu minimalist. tapi aku tak berbakat macam dia. plus aku tak rasa aku rajin lagi nak berblog macam dia dan yg lain. yang mane lebih kurang dan terlebih macam malaysia today. bolehkah kengkawan aku bayang yang aku boleh berblog macam mereka? jangankan kamu, aku pun pengsan kalau aku nak blog macam tu. takpe, "serahkan pada yang pakar".. kata mereka

puasa korang arinih?



http://www.youtube.com/v/X3hLkXLv420
ape tajuk lagu ni eh? klu tau sila la bagitau kat chatbox sebelah nih...

Selasa, 2 Oktober 2007

Musim Baru Bermula

Akhirnya september pun menghilangkan diri dan selamat datang oktober! Memang dah lama aku tunggu masa ni. sebagai seorang manusia yang jarang berhadapan dengan tv, dan ditambah hakikat yang rumah aku cuma ada decoder astro tanpa perkhidmatan. memang banyak program tv yang aku tak dapat nak tonton dengan kadar sekerap yang aku mau. sebaik baik aku, aku cuma dapat tengok tv selang sehari dari sesi terakhir aku menonton tv sebelumnya. itu pun tengok berita atau apa² program tv yang melibatkan event yang berkaitan dengan suasana/ keadaan keliling aku. jauh sekali nak komited dengan satu atau lebih program tv lain. memang "tak dapek jack". jadi satu satunya cara untuk aku terus ikut program² atau siri tv nih ialah dengan.. hmmm... mendapatkan dari sumber alternatif. ini adalah satu perkara berkaitan dengan teknologi yang aku suka dan setuju sangat. walaupun ia tak menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi secara amnya, tapi selagi aku tak merasa teknologi yang mampu nak buatkan breakfast aku, kupaskan buah dan kemaskan peti ais secara automatis, aku rasa inilah nikmat dari kesan pembangunan teknologi yang jitu, yang akan aku kenang secukupnya. hehe..

jadi kembali kepada topik siri tv, kalau ikutkan nafsu memang banyak program tv yang aku nak follow up baik dari jenis doku, drama, comedy, live show, talk show sampai ke iklan tapi atas beberapa faktor kekangan yang sahih, aku cuma dapat hadkan kepada beberapa saja. dan sememangnya bulan oktober menjanjikan yang rutin mingguan aku akan berputar mengikut paksi semula... huhu




sayangnya siri ni telah pun sampai ke penghujung musim ke 4 hanya pada episod 12. dengar cerita studio dah bagi lampu hijau untuk sambungan musim ke-5. cuma tak tau lagi bila nak disambung







setelah sebulan lebih asyik terjumpa artikel pasal siri tv ni. akhirnya aku tergerak jugak untuk cuba menonton episod pertama dari musim pertama Eureka! (bukan eureka program tv tahun 80-an ye!). dan rumusannya.. akan terus ku ikuti siri ini pasal ia agak unik untuk selera aku.




david duchovny is back! cuma bezanya kali ni dia tak bawak watak agen yang taksub, cuma menjadi seorang penulis yang taksub dengan pendapat diri sendiri. aku tertarik dengan cerita ni pasal karektor Hank Moody. mana mungkin seseorang yang self centered supreme, dalam masa yang sama meletakkan keluarga (anak perempuan dan bekas isteri) sebagai perkara paling pertama sekali dalam hidup? tapi itu la yang nak dijadikan cerita.... and that is what TV is all about, making the impossible a seems reality ;)


sepanjang aku hidup, tak pernah sekali dalam hidup aku, aku tak pernah tak minat 'black comedy'. walaupun pada pendapat aku yang kebanyakkan sitcom kaum african american ni sama dari satu siri ke satu siri. tapi dari penilaian menyeluruh, ia masih lagi offer sesuatu yang lain dari siri tv lain (dan berdasarkan pendapat aku ni juga, obviously aku tak pernah lagi tengok Shaft tahun 70an.. hehe). bermula dari the jeffersons, cosby show, family matters, fresh prince of bel-air, in living colors, malcolm & eddie, my wife & kids.. sampai la paling terbaru.. everybody hates chris.

by now, mesti dah ramai yang tau pasal siri tv 30 rock. mau tidak, member aku yang cadangkan siri ni pun tengok di astro, dan aku catch up dari sumber aku.. haha. siri nih sikit tak banyak mengingatkan aku dengan scrubs. cuma bezanya cerita ni fokus pasal pembabitan orang belakang tabir dalam live tv show. tetiba teringat scrubs.. entah bila nak start kumpul ni.


satu satunya cerita yang secara tak langsung mengingatkan aku dengan misfits of science, manimal dan automan.. all roll in one! (sapa kata takde shape changer dalam siri ni? cuba check balik..) cuma untuk melengkapkan kenangan 80an aku, siri ni takde gadget bergerak dalam bentuk motor, kereta, helikopter dan sepasukan manusia elit yang salah seorang suka isap curut dan lagi seorang suka pakai rantai berela-ela kat leher je... kalau tak, pasti lengkap... pasti

dan tahun ni juga, secara gosip, akan menjadi titik permulaan bagi siri tv "adunan semula". memula sekali kita ada smallville (walaupun jalan cerita agak original, tapi suasana dia masih sama), tahun nih dimulakan dengan kembalinya bionic woman jamie sommers - walaupun tak ikut jalan cerita siri tv asal (kalau nak ikut asal baik ulang siaran kan?). antara tajuk lain yang dikitar semula ialah flash gordon.. yang aku sendiri tak nampak apa bestnya dari zaman strip komik, sampai jadi komik penuh, movie animasi, siri kartun... its just a blonde high school sport dude.. show off! pfftt~.

(dan ada ura² mengatakan yang knight rider akan di kitar semula dan KITT bukan hanya boleh bergerak secara automatis.. malah boleh bertukar rupa.. hmmm macam ambik konsep Viper je. baik buat balik misfits of science atau manimal atau streethawk yang tak sempat habis satu musim tu)





sepanjang season break beberapa siri tv tadi. aku ada satu program tv yang berjaya memenuhkan hari aku... hehe

Who Wants To Be A Superhero?
(gambar hiasan adalah dari musim ke2. secara peribadi aku lebih suka musim pertama)

Handphone & Anda

arinih aku telah diperkenalkan dgn satu blog yg pada aku super cool. and to top it off, its purely malaysian... terima kasih la kepada encik pizy yg out of nowhere mengrekomen blog nih. aku sungguh terhibur! sesungguhnya aku amat teruja utk come across blog macam nih versi tempatan. dan berdasarkan link, banyak jugak sekutu dia nih.. pasti penuh hari minggu dan masa lapang aku lepas nih. kalau ada sesiapa tanya macam mana aku rank website nih, aku letak blogsite nih satu level dgn TheSuperficial & Geekologie (formerly known as Hedonistica).. but of course, with a touch of the local understanding.

btw, aku dah agak lama tak bukak the superficial & hedonistica. atas beberapa sebab aku terhilang point nak bukak hedonistica@geekologie pasal ada satu masa dulu owner site tuh mcm sure tak sure samada nak maintain atau convert project site dia. well, it look like either way its still the good old same. dan aku terjumpa posting ni :

http://www.youtube.com/watch?v=Cgo7RZZqrXM


kinda creepy if u ask me...

Rabu, 26 September 2007

Berhati hati di jalan raya...


Mereka Juga Memahami. Anda?

(saya dapat dari dalam email. tak tau la iklan nih kluar tv ke tak. terima kasih pak Rudy)

Sabtu, 15 September 2007

Video Layar Tanchap Merdeka

akhirnya berjaya jugak siapkan tiga video untuk diupload. dan sebelum buka puasa tadi berjaya upload ketiga tiga video kat youtube. buat masa ni, tiga video tersebut ialah performance dari sound of acoustic, tongkat & funky doryz. ingat nak try upload guna feature video upload di blogger, tapi slow lain macam plak... hmm maybe video lain yg kecik skit saiz dia kot

Tongkat - Sisterm
http://www.youtube.com/watch?v=RwkX6H2887w

Sound of Acoustics - Jangan Hapuskan Cinta Itu
http://www.youtube.com/watch?v=7r8CcNdxzaM

Funky Doryz - Terbang
http://www.youtube.com/watch?v=QrZyuF9621E

enjois~!
(banyak lagi video akan muncul.. SSK, Dendang Anak, Ana, Fynn, Otam, Radiostar, Watercolors, Apple Juice.. biar masa menentukannya...)

Selamat Beramal Di Bulan Ramadhan..

Ramadhan dah masuk hari ketiga.. akhirnya efek perut sakit mula kick in dengan agak tegas.. inilah padahnya time bulan sebelum sebelumnya asik makan ikut napsu.. bila dah kena tahan skit, mula la perut mengeluarkan amaran dalam bentuk asid.. "kami mahu digest!!" begitulah bunyi mogokkan mengikut tapsiran akal aku yg kebetulan mengalami sedikit tekanan tambahan dari luar perut...

aku dah dapat tiga tape video layar tanchap tempohari. byk bende yg aku amik iktibar dari kejadian video record tuh.. hmm , rasanya tak boleh pakai lagi la position cam tuh... klu nak jauh boleh tapi kena ade something yg boleh elevate atau jadi platform utk tinggikan view camera. tapi tak boleh tinggi sangat nnt org ingat cameraman & organiser nak skodeng collar baju plak... hahaha. ataupun lepas nih mmg vcam balik ke position asal yakni di tengah depan. lighting kena confirm before 8pm, klu tak kesian si eidil terpaksa buat kerja dgn mentaliti 'make-do'. serius beb, dah dua kali eidil buat video utk tanchap, and he did a marvelous job in those 'make do' situation..

*AAAAAA* tetiba rasa dejavu... mcm aku penah buat dan taip bende yg sama sebelum ni... time yg sama, tempat obviously sama.. pehhh...

...anyway, malam nih aku nak cuba habiskan jugak sekurang kurangnya tiga video... then upload kat youtube.. dah tiga hari nih sanggup tak bukak banyak application termasuk YM semata nak jimat system resource utk buat video conversion... (bukan taknak bukak YM, tapi macam pelik gak, YM aku akan kerap dc sambil aku buat keje video convert nih...) insyallah by lewat tengah malam ni aku akan upload video performer layar tanchap merdeka... hmmm nak upload kat youtube ke atau kat blog? tak test lagi feature video blog kat blogger nih... hehehe

Rabu, 12 September 2007

Ulasan : Layar Tanchap Merdeka

sepatutnya aku dah tidur nih.. tapi mata tetiba asyik nak terbukak je, menguap dah banyak kali...

"Alhamdulillah, akhirnya tanchap merdeka telah pun selesai, dengan ini, maka kami pun menutuplah buku agenda LTSA untuk tahun 2007. bagi pihak Xtra Large, TPC, Galeri Seni Shah Alam dan Nasyeed.com.. kami ingin mengucapkan setinggi -tinggi terima kasih kepada mereka² yg sudi datang ke layar tanchap selama musim 2007 ni. semoga kita dipanjangkan umur dan berjumpa lagi di tahun hadapan....."

yup, bagi mereka yang tak percaya.. layar tanchap kelolaan komiti shah alam akhirnya melabuhkan tirainya bagi musim 2007. kebarangkalian paling awal layar tanchap shah alam akan kembali ialah sekitar januari 2008.. kalau tak pun mungkin di bulan februari.. atau bulan mac.. itu selewat lewatnya. pada mereka yang mahukan alasan yang lebih kukuh.. kenapa? hmm.. pertama, kami nak mengumpul agenda dan idea untuk tahun depan. kedua atas faktor masa. dimana untuk hujung tahun ni, kebanyakkan ahlil komiti semua ada banyak perkara yang perlu di 'catch up'. lagi pun, kami percaya, sesudah bulan Ramadhan, lepas Syawal pun banyak acara² yang bakal dihidangkan kepada umum. cuma sepanjang hujung tahun nih, doakanlah kami agar mampu kembali dengan idea yang lebih bernas dan bertenaga.

layar tanchap merdeka yang telah berlangsung pada 7 haribulan september 2007 telah pun selesai dengan jayanya di galeri seni shah alam. ternyata hujan yang turun bermula pada sebelah petang tidak banyak mengganggu kelancaran majlis.. alhamdulillah. kalau ada sesiapa yang rasa hujan cuma mengganggu keselesaan majlis, secara peribadinya aku berfikir sebaliknya.. hujanlah yang buat majlis nampak ceria sepanjang acara berlangsung. tapi adatlah, setiap yang berlaku mesti ada pro dan kontra. walaupun hujan telah menghimpunkan agak ramai manusia yang tak ramai aku kenal, pada masa yang sama terasa sunyi jugak bila ada muka muka biasa yang tak munculkan diri... aku pasrah...

bukan itu saja buat aku pasrah, ada jugak beberapa faktor lain yg buat aku betul² pasrah, tawakal & redha dengan layar tanchap kali ni. pertama sekali aku agak sedikit terkilan tak dapat nak pasang short movie disebabkan masalah teknikal yang berlaku. dah dua kali jadi ni. nasib baik jugaklah pada masa² kecederaan, muncul jugak overhead projector. lega sikit. tapi ternyata dengan ketidakhadiran projektor, memang ada hikmah disebalik kejadian. semua flow berlangsung dalam keadaan yang lebih tenang berbanding edisi yang terdahulu. takde lagi kisah komiti yang terkejar ke sana sini... semua performer dapat perform sepuas puasnya... alhamdulillah. cuma sedikit hampa bila Malokaigruv terpaksa tarik diri pada saat² akhir, kalau tak pasti bertambah layan malam tu. kepada Wan Malokaigruv, "wa takde hal beb.. len kali kita bertanchap lagi... spot korang tetap ada.. tinggal datang je" ;)

selain dari malokaigruv, takde dah kes performer tarik diri.. last minute request nak perform lagi ada.. malam jumaat tu, watak² performer layar tanchap merdeka didokong oleh Dendang Anak (tak pernah jemu tengok / dengar diorang), Watercolors (bakat yang cool), Otam (akhirnya dia dapat experience layar tanchap first hand), Sound of Acoustic (sentiasa groovy dengan musik mereka), Funky Doryz (juga groovy.. dan sedikit hiper), Apple Juice (walaupun nampak macam kekok perform di tanchap.. tapi mereka tetap sempoi... gejala first time perform kat tanchap kot..), Kumpulan Kompang Cahaya Murni (datang lagi atas permintaan ramai), SSK dan kengkawan (performance yg sempoi diiringi Noh & AG Hujan), Ana &Fa &Icky (Ana malam tu jadi Most Demanded Performer.. hehehe), Arus Pelangi (paling kecoh.. hehe), Radiostar (sanggup redah hujan pasal nak perform, RESPEK BEB!), Tongkat (ingatkan tak jadi perform, gue kena tipu!) dan Fynn.... puisi kamu memang!

malam tu jugak ada beberapa booth yang beroperasi. antaranya WeAreNvy (clothing), Grandfather Clothing (clothing.. duh!) Shalia's cupcake dan Encik Umar yang mewakili projek laman web direktori www.myhariraya.com

ternyata malam yang aku rasa bakal jadi panjang, rupanya dipenuhi dengan performance yang hebat hebat belaka... jadi takde la aku ngomel pasal malam yang panjang itu..

Komiti, TPC dan Dendang Anak selepas acara selesai. Gambar dicuri dari encik Supian Bin Ahmad. Terima Kasih Daun Keladi!



SHOUT OUT : kepada Shanina & Ahmad Denis, tahniah atas kelahiran baby Ahmad Ismail Stepanenko pada pagi 070907.. semoga kehidupan kalian bertambah meriah di hari mendatang ;)