Rabu, 12 September 2007

Ulasan : Layar Tanchap Merdeka

sepatutnya aku dah tidur nih.. tapi mata tetiba asyik nak terbukak je, menguap dah banyak kali...

"Alhamdulillah, akhirnya tanchap merdeka telah pun selesai, dengan ini, maka kami pun menutuplah buku agenda LTSA untuk tahun 2007. bagi pihak Xtra Large, TPC, Galeri Seni Shah Alam dan Nasyeed.com.. kami ingin mengucapkan setinggi -tinggi terima kasih kepada mereka² yg sudi datang ke layar tanchap selama musim 2007 ni. semoga kita dipanjangkan umur dan berjumpa lagi di tahun hadapan....."

yup, bagi mereka yang tak percaya.. layar tanchap kelolaan komiti shah alam akhirnya melabuhkan tirainya bagi musim 2007. kebarangkalian paling awal layar tanchap shah alam akan kembali ialah sekitar januari 2008.. kalau tak pun mungkin di bulan februari.. atau bulan mac.. itu selewat lewatnya. pada mereka yang mahukan alasan yang lebih kukuh.. kenapa? hmm.. pertama, kami nak mengumpul agenda dan idea untuk tahun depan. kedua atas faktor masa. dimana untuk hujung tahun ni, kebanyakkan ahlil komiti semua ada banyak perkara yang perlu di 'catch up'. lagi pun, kami percaya, sesudah bulan Ramadhan, lepas Syawal pun banyak acara² yang bakal dihidangkan kepada umum. cuma sepanjang hujung tahun nih, doakanlah kami agar mampu kembali dengan idea yang lebih bernas dan bertenaga.

layar tanchap merdeka yang telah berlangsung pada 7 haribulan september 2007 telah pun selesai dengan jayanya di galeri seni shah alam. ternyata hujan yang turun bermula pada sebelah petang tidak banyak mengganggu kelancaran majlis.. alhamdulillah. kalau ada sesiapa yang rasa hujan cuma mengganggu keselesaan majlis, secara peribadinya aku berfikir sebaliknya.. hujanlah yang buat majlis nampak ceria sepanjang acara berlangsung. tapi adatlah, setiap yang berlaku mesti ada pro dan kontra. walaupun hujan telah menghimpunkan agak ramai manusia yang tak ramai aku kenal, pada masa yang sama terasa sunyi jugak bila ada muka muka biasa yang tak munculkan diri... aku pasrah...

bukan itu saja buat aku pasrah, ada jugak beberapa faktor lain yg buat aku betul² pasrah, tawakal & redha dengan layar tanchap kali ni. pertama sekali aku agak sedikit terkilan tak dapat nak pasang short movie disebabkan masalah teknikal yang berlaku. dah dua kali jadi ni. nasib baik jugaklah pada masa² kecederaan, muncul jugak overhead projector. lega sikit. tapi ternyata dengan ketidakhadiran projektor, memang ada hikmah disebalik kejadian. semua flow berlangsung dalam keadaan yang lebih tenang berbanding edisi yang terdahulu. takde lagi kisah komiti yang terkejar ke sana sini... semua performer dapat perform sepuas puasnya... alhamdulillah. cuma sedikit hampa bila Malokaigruv terpaksa tarik diri pada saat² akhir, kalau tak pasti bertambah layan malam tu. kepada Wan Malokaigruv, "wa takde hal beb.. len kali kita bertanchap lagi... spot korang tetap ada.. tinggal datang je" ;)

selain dari malokaigruv, takde dah kes performer tarik diri.. last minute request nak perform lagi ada.. malam jumaat tu, watak² performer layar tanchap merdeka didokong oleh Dendang Anak (tak pernah jemu tengok / dengar diorang), Watercolors (bakat yang cool), Otam (akhirnya dia dapat experience layar tanchap first hand), Sound of Acoustic (sentiasa groovy dengan musik mereka), Funky Doryz (juga groovy.. dan sedikit hiper), Apple Juice (walaupun nampak macam kekok perform di tanchap.. tapi mereka tetap sempoi... gejala first time perform kat tanchap kot..), Kumpulan Kompang Cahaya Murni (datang lagi atas permintaan ramai), SSK dan kengkawan (performance yg sempoi diiringi Noh & AG Hujan), Ana &Fa &Icky (Ana malam tu jadi Most Demanded Performer.. hehehe), Arus Pelangi (paling kecoh.. hehe), Radiostar (sanggup redah hujan pasal nak perform, RESPEK BEB!), Tongkat (ingatkan tak jadi perform, gue kena tipu!) dan Fynn.... puisi kamu memang!

malam tu jugak ada beberapa booth yang beroperasi. antaranya WeAreNvy (clothing), Grandfather Clothing (clothing.. duh!) Shalia's cupcake dan Encik Umar yang mewakili projek laman web direktori www.myhariraya.com

ternyata malam yang aku rasa bakal jadi panjang, rupanya dipenuhi dengan performance yang hebat hebat belaka... jadi takde la aku ngomel pasal malam yang panjang itu..

Komiti, TPC dan Dendang Anak selepas acara selesai. Gambar dicuri dari encik Supian Bin Ahmad. Terima Kasih Daun Keladi!



SHOUT OUT : kepada Shanina & Ahmad Denis, tahniah atas kelahiran baby Ahmad Ismail Stepanenko pada pagi 070907.. semoga kehidupan kalian bertambah meriah di hari mendatang ;)

0 ngomel: