Selasa, 1 Julai 2008

sakit. pengajaran. peringatan

hari ini. aku diingatkan tentang sesuatu pengajaran sewaktu sedang menjalani sesi mencabut kuku ibu jari kaki kanan di klinik kerajaan di tempat aku. kadang² kita memang kena tempuh rasa sakit. tak salah. nak pulak bila tempuh rasa sakit tu, sebenarnya akan memberi keselesaan pada masa depan. tak semua benda yang sakit tak elok, sekiranya melalui proses yang teliti, ia mungkin boleh menghasilkan sesuatu yang elok pada masa depan. semua ni aku teringat sewaktu menahan sakit.. dan dari hampir menggunakan alasan "sori doktor, kaki saya yang lagi sebelah nih mengalami tindakan reflek bila ada orang cuba cabut kuku kaki yg sebelah lagi. idung doktor tak apa²kan?"

(sebenarnya aku amat tempted nak "tersepak" doktor tu dan pulangkan balik statement dia, "sakit sikit je kan?"... touché)

yes, dan sekarang aku tak sabar nak tgk hasilnya.. walaupun bukan dalam jangka masa terdekat, tapi harapnya takde lagi dah masalah cagu nih..

Khamis, 12 Jun 2008

dan sebabnya...

arinih aku dpt dua berita yang mendapat feedback negatif dari aku. pertama :

gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan bagi mengurangkan bebanan.

aku pernah keje dengan sistem gaji macam ni. end up aku lebih tertekan sebab duit akan sentiasa nampak tak cukup dan pekerja akan jadi lebih cepat panik dari sistem yg diguna pakai sekarang. dgn kos sara hidup sedia ada dan akan datang, sepatutnya inilah salah satu 'perkara kecil' yang boleh dielakkan dari belaku. sure, tak semua orang cepat gabra bila dapat duit separuh pendapatan ditengah bulan. tapi aku pernah terkena satu kejadian repair motorsikal dan kos repairnya saja merupakan 150% dari jumlah gaji setengah bulan aku. dengan kos repair macam tu. macam mana aku nak kluarkan motor dari bengkel dan pergi bekerja sedangkan motorsikal adalah main transportation aku untuk kemana². sure ada yang bijak bagi jawapan, naik la public transport. tapi persoalannya. walaupun aku peruntukkan gaji setgh bulan aku untuk public transport (jangan lupa, aku ada expenses lain), adakah aku masih mampu nak bayar bill repair motor aku dengan baki setgh gaji aku pada hujung bulan? ingat, kos repair & servis saja sudah 150% dari setengah gaji... ? kalau mekanik tuh paham situasi gaji aku mungkin dia boleh consider nak lepas dengan outstanding 50% lagi dibayar pada hujung bulan. tapi terus terang aku tanya korang.. ada yg peduli ke?

mungkin sistem bayar separuh ni tak terlalu dirasakan bagi mereka yg tangga gaji berada dalam lingkungan rm3000 keatas, tapi bagi yang macam aku dibawah rm2000 nih? kalau ditanya pendapat aku, sistem gaji macam ni lebih menyesakkan mental sebab setiap dua minggu pekerja akan mula resah pikir mana nak carik duit dan lebih terkenangkan duit gaji yang separuh lagi berbanding dengan sistem sedia ada. sekurang²nya, sistem sedia ada akan membolehkan pekerja prioritize penggunaan duit dengan lebih efisyen dan yang paling penting, lebih berkesan dalam menangani isu isu kecemasan. bayangkan, bagi mereka yang berpendapatan dibawah rm1500. gaji dibayar rm750 pada pertengahan bulan, tolak sewa rumah rm500.. tolak bil semasa dalam rm250.. sudah rm750... anak² yg nak kesekolah? kos pengangkutan harian? baiklah, mungkin ada yg berkata, bil boleh dibayar hujung bulan. maka akan available semula rm250 itu. tapi rm250 untuk kos sara diri selama dua minggu dengan tanggungan sedia ada. cukup? mari saya serikan imaginasi anda dengan satu kes tambahan. ada kematian ahli keluarga terdekat pada penghujung minggu pertama dan awal minggu kedua. bagaimanakah seseorang itu mengagihkan baki rm250 itu. untuk kegunaan harian atau untuk kos perjalanan melawat keluarga yg mungkin berada dihujung peta malaysia?

sebenarya aku agak terkilan, sepenuh penuh bilik mesyuarat yang membentang usul dan memerah otak memikir perkara terbaik untuk kakitangannya, tiada pula yang mencadangkan agar sistem ini diberi tempoh percubaan. bukan sebarang tempoh percubaan. "tempoh percubaan dengan pilihan". thats how i would like to say it. apa salah kakitangan kerajaan ini diberi kebebasan dengan memilih sendiri option sistem gaji yang ingin digunakan. aku tak cakap sistem 2x gaji sebulan ni takde peminatnya. mungkin ada. tapi bagi mereka yg aku nyatakan tadi. pendapatan dibawah rm2000 nih sepatutnya dibagi pilihan. pekerja bebas menentukan sistem gaji mana yang sesuai diguna pakai bagi mereka. mungkin bagi seorang kakitangan awam yang memiliki 4 rumah sewa dikawasan bandar, menjual burger didepan rumah pada malam hari atau ada ladang kelapa sawit yang aktif dengan hasil tidak kisah dengan sistem gaji separuh atau suku bulan ni. tapi bagi mereka yang banyak tanggungan aktif seperti anak² kecil seramai 4 hingga 6 orang yang masih bersekolah dan terpaksa berulang alik ke opis dari tanjung karang ke shah alam setiap hari kerana tidak mampu menyewa rumah di sekitar shah alam, mungkin ada ahli keluarga yang sepanjang hidupnya terpaksa berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan ubat²an yang mencecah sehingga 40% dari gaji bulanannya.... bagaimana dengan mereka ini? dan tidak dilupakan bagi yang bujang tapi menanggung perbelanjaan ahli keluarga yang sudah tidak bekerja dan masih belum bekerja dan masih belum berkahwin tapi dah teringin sangat nak kawin dalam 2-3tahun nih. adakah harapan mereka terpaksa di 'carry forward'?

sekurang kurangnya dengan wujudnya pilihan ini, kerajaan akan dapat melihat sistem gaji mana yang lebih sesuai untuk setiap peringkat kakitangannya dan sekaligus nampak pola pendapatan dan aliran sosio-ekonomi setiap kakitangannya. kalau ikut pendapat aku jugak, memang sesuai buat 'test run' dalam tempoh terdekat ini dengan seluruh rakyat negara ini, tak kira baik bagi kakitangan kerajaan atau swasta akan menempuh bulan ramadhan, hari raya, krismas, cuti sekolah dan buka sekolah. sekaligus kerajaan boleh pantau efektifnya penggunaan sistem gaji 2x sebulan ni. dan katakanlah, tempoh test run ini tamat pada januari tahun 2009. kerajaan boleh memutuskan samada sistem ini sesuai digunakan bagi semua kakitangannya atau mungkin pada peringkat² tertentu atau dilokasi² tertentu. dan yang paling penting, dari melihat hampir keseluruhan kakitangan sokongan penjawat awam seperti hari hari menratapi kematian ahli keluarga terdekat, sekurang kurangnya hanya mereka yang telah rela hati menawar diri untuk mencuba sistem gaji 2x sebulan ini saja yang akan nampak kesannya. dan saya pasti, selain dari golongan kakitangan awam berpendapatan sampingan, mereka yang mungkin sebenarnya sudah lahir kaya saja yang mampu tersenyum pada penghujung test run sistem gaji ini. saya 80% yakin.


perkara kedua yang aku tak suka berlaku pada hari ini. jersi baru chelsea untuk perlawanan 'away' tidak lawa dan mengundang badi. warna hitam?

tidakkah mereka ketahuan bahawa di england, warna hitam dan kelabu merupakan warna yg dominan dan sinonim dengan badi tiada nasib? ini tidak saja berlaku kepada national team england tetapi tertempias kepada kelab² bolasepaknya juga. walaupun saya bukan penyokong MU, tapi saya tau sewaktu MU ada jersi away berwarna kelabu sekitar tahun 90an, tidak pernah mereka perform dengan baik? chelsea juga pernah mempunyai jersi biru yang dipadankan dengan warna oren ringan dan kelabu pada awal tahun 80an dan mereka tidak mempunyai sebarang pencapaian membanggakan sepanjang tahun itu. sekiranya anda sangsi dengan kenyataan saya dan anda merupakan fans arsenal ataupun liverpool dan menganggap ini merupakan alasan kemelesetan form pasukan seperti MU dan Chelsea. cuba... cuba anda pergi ke forum peminat laman web rasmi pasukan kesayangan anda di england tu dan bagi cadangan guna jersi kelabu bagi satu musim. saya pasti sebanyak 80% anda akan digelar 'musuh dalam selimut' kerana cuba menyebarkan badi oleh peminat peminat yang sememangnya lahir di liverpool mahupun kota london

Sabtu, 24 Mei 2008

saya bosan. terima kasih

aktiviti boring saya sekitar setengah jam yg lalu : tunggu bai roti lalu depan rumah (ok la sebenarnya aku tak tunggu pun, tak penah tau pun jadual perjalanan bai roti/apek eskrem/lori tilam/lori paper/lori ikan&sayur²an di kawasan aku nih..) kebetulan bai roti lalu, aku pun laung la agak medium volume.. "Baiii~!" skali tgk bukan bai pun... hahaha malu aku. then aku cuba tgk ape bende yg aku boleh beli dgn rm2.. belek punya belek... dang, roti krim pun dah 60sen skang... so aku pun beli la dgn perasaan separa menyesal.. "stakat nak beli roti krim 60sen baik aku beli kat kantin opis je" tapi pasal dah tahan, takkan tak beli apa plak kan, nanti rumah aku kena blacklist, dah susah mak aku nak beli roti bai tuh... sesungguhnya aku rindu zaman rambang mata tgk tong moto tuh dgn memacam jenis 'designer junk food' yg aku boleh borong tak ingat dunia.. klu dulu.. rm5 tak cukup wo aku sorang borong memacam, imajin je la.. 15-20years ago, rm5 bleh beli dua tiga kampit besar kam-kam... sekarang, bai roti tuh klu tau aku bawak rm5, mungkin dia lebih rela tak berenti kot..

fakta klise : pembawa eskrem bermoto slalu dipanggil apek dan pembawa roti&'designer junkfood' bermoto slalu di panggil bai atau ane.. kenapa eh?

Isnin, 28 April 2008

penjenamaan semula...

perbualan awal pagi semalam

kawan : eh, satu hari nanti jom pegi pasar subuh..
aku: pasar subuh? kat mana tu?
kawan : aku dengar dekat (rahsia), tetiap awal pagi sampai subuh ada matpet jual barang².. jom tgk kot ada barang murah boleh angkat..
aku: hmm..
kawan : ko penah dgr ke pasal tempat ni?
aku: macam penah, tapi slalunya orang sebut pasar karat..
kawan : ntah, aku dengar orang sebut pasar subuh, sejak bila diorang panggil pasar karat?

...peh, pandai betul matpet nih guna konsep rebranding skang eh...

Sabtu, 26 April 2008

jambatan stamford tetap ukuh!

here's what i think about last night chelsea vs manchester united's game at stamford bridge :

Linesmen 2 - MU 0. it was a one sided game. thanks for the linesmen

it was MU's 'safe it for the champions league' game.. so losing is not that bad right?

i think the game was rigged. not by bookies, but by the FA itself. i have the conspiracy theory for quite some times now and interestingly it fall in places with what i have in mind.

lampard can now consider leaving london for milan with ease since chelsea got adequate cover in midfield and the likes like sidwell can plan his playing time and role for the next season as the 3rd best center midfield in the squad. thats like moving 2 ranks from current season expectation

its always interesting to see three captain of their country in one team arguing which should be done during game play since they know it best.. so who needs the manager, right?

blazing temper : rio ferdinand vs martin keown.. ferdinand still have a long way to be at mr keown attribute

for once, i would love to see sir alex got bombard by MU's fan for choosing the wrong lineup/tactics.

never have i thought, i will ever see chelsea bringing in 3 high profile striker in one game, in one lineup of formation. i only see this in video games

shevy can start considering swaping position into defense after that last save. heck he can even start back the sweeper position craze.

with that look. i still think avram grant makes a disturb, goth-looking school headmaster

the other striker in MU's rank now have additional pressure to perform since rooney can still score with a waist ache. whats left for an excuse?

for the record : MU last two game is against west ham and wigan while chelsea's is newcastle and bolton. tricky game indeed

Isnin, 21 April 2008

sengalnya..

tak sabar jugak aku nak tunggu hujung bulan nih... mmg aku nak bekam jugak badan aku nih.. dan sesungguhnya aku sangat tempted nak bekam di kepala... tapi lepas tuh larat ke aku nak balik sorang sorang? huhuhu...

Selasa, 1 April 2008

this, i have to see...

Then, at the end of June, ABC will launch its Tuesday night entries. The new "Wipeout" competish will air Tuesdays at 8 p.m. starting June 24; also that night, the reality gamer "I Survived A Japanese Game Show" - in which Americans are flown to Japan to take part in one of the nation's notorious physical competitions - airs at 9 p.m.

.. i can't wait ;P