Selasa, 29 Julai 2008

Hari Biru Di Shah Alam (sebuah catatan prelude)

sekarang sudah pukul 2pm++.. sesungguhnya kepala aku sudah sngat tidak mengendahkan fail fail yg tersusun rapi di hujung meja kerja. kerja? kerja tu apa? hehehe


yaa.. aku amat teruja nak pegi stadium malam ni.. eh silap, petang nih.. sangat sangat tidak sabar. walaupun aku memang nak tgk team chelsea main. tapi hari ni aku extra motivated bila baca paper, yg team 'cobaan' negara aku nak cuba bermain dgn formasi ala eropah....

"4-1-4-1"

dari senarai pemain yg disebut dalam paper tadi. aku percaya. walaupun jurulatih malaysia bagitau ini formasi bertahan. tapi klu di eropah. inilah formasi 'arrow'... tang mana dtg betahan kalau dah pakai busur yg menghala tepat ke arah musuh? dan yang paling penting, dari senarai nama kesebelasan utama (kemungkinan yg confirm).. empat attacking player, satu defensif dan satu striker.

(F) Safee Sali
(M) Indra Putra, Hardi Jaafar, Amirulhadi, Khyril Muhymeen
(DM) Shukor Adan
(D) Shafizan Hashim, Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan Abd. Razak dan Fauzi Nan
(GK) Helmi Eliza

aku takde masalah dengan pemilihan penyerang. dia memang terbaik yg negara ada time ni. dan aku tak heran klu dia bleh loloskan diri sorang². terry bukan terrer sangat pun, klu carvalho tuh mungkin. tapi klu kena asak dgn Alex.. mungkin seksa jugak la. mamat tu besar dowh~

apa yg menarik ialah pemilihan empat pemain tengah. nampak sangat strategi b. sathia nak rotate wing dgn matchkan indra-hardi (kiri) & amirul-khyril (kanan)

defensif tengah = shukur adan. juga mcm striker. dia yg terbaik pasal dalam reramai nih. dia sorang je pemain tgh yg banyak pengalaman diperingkat antarabangsa kategori player bertahan. tapi aku agak suprise bunyamin omar takde dalam senarai (tak pasti pulak klu ada dalam senarai simpanan). mungkin dia sorang je yg boleh ganti posisi dgn shukur

pertahanan yg agak pelik. aku yakin dgn fauzi nan tapi sayang dia back sayap dan bukan pertahanan tengah. hafiz zamani aku samakan kes dia dgn nesta, bagus tapi selalu kena overshadow dgn cannavaro -dlm konteks nih- khairunizam sahabuddin. harap² dorky moment hafiz dah lepas. its his time to shine.

dan aku respek pemain nih dalam liga tempatan. defender shafizan dan goalkeeper helmi. dedua player kedah-team terhot dalam liga tempatan for the past two years. pemain baru yg sepatutnya dialu alukan kemasukan kedalam team negara. klu sapa cakap depa tak bagus, pi tgk contributtion diorang di peringkat asia & kelab.


first time hati aku bergelodak dgn semangat nak tgk dedua team main. slalunya satu je. kekadang tuh datang semata dpt tiket pree je. tak pernah hirau pun sapa yg main. hehehe

harapan aku. klu boleh taknak la tgk player malaysia main cam team yg kalah dgn Man Utd last time diorang dtg dulu. sebenarnya aku ada gak la rasa few player yg main bagus malam tuh. tapi aku cukup sadis tgk gelagat sorang player nih. dah la kapten. main hormat org sangat. bagus lagi si k.rajan malam tuh. habis game bleh kejar player plak nak tukar jersey. nasib kamu baik la si beckham tuh cuma suka tukar jersey dgn nombor yg sama. kalau tak, mau ko hamuk bilik persalinan stadium kan?

prediction aku? Chelsea 4 (atau 5 atau 6) - Malaysia 1

... jangan gelak bleh?

0 ngomel: