Rabu, 12 September 2007

Projek Mixtape Encik Ahmad...

akhirnya, semalam dengan rajinnya aku bukak jugak akaun Gmail™ aku utk check apa yang baru aku dapat dalam peti masuk email aku. tak tau kenapa tapi dekat dua hari selepas layar tanchap merdeka, aku macam tak selera nak periksa email. kalau aku bukak pun, samada aku cuma baca tajuk email, atau pun aku tunda hasrat nak periksa email... tapi semalam aku dapat satu email dari seseorang, yang tertera nama pengirimnya sebagai encik Ahmad Alhadad, juga dikenali sebagai DJ Altimet, atau Altimet dari kumpulan rap malaya yang selalu dilabelkan sebagai 'Fugees Malaya'.. The Legendary Teh Tarik Crew. serius be, kalau aku nak cerita pasal sejarah kumpulan ni, sekali dengan sejarah setiap ahlil kumpulan, fakta², trivia²... memang aku bakal miss tido aku malam nih. so kepada sesapa yang tak kenal siapa itu Teh Tarik Crew (TTC), boleh skip post ni pasal ia mungkin tidak akan menguntungkan anda.

apa yang bermula sebagai sesi melakukan pertukaran 'favor' dengan encik Ahmad, akhirnya tersampailah email untuk mempromo hasil projek 'overnight' dia dalam email. nampaknya aku jenis manusia yang tak makan promo di Myspace™, blog², net dan forum².. nak kena 'disuap' jugak baru la aku tau yang Altimet, buat masa sekarang sedang giat buat promosi 'FreeDownload' mixtape yang mengandungi beberapa lagu - baru, lama, adunan semula, tak pernah dengar. tapi apa yang menarik perhatian ialah lagu² baru yang bakal keluar dalam album baru Altimet... Nice Strategy Bro..

berikut ialah senarai lagu yang telah di adunkan menjadi mixtape 'SonRise':

  1. Second Coming (Freestyle)
  2. SonShine (Freestyle)
  3. Work ( Kick Push Remix) (new)
  4. She ft Mawar Berduri (new)
  5. Fancy Flow- Emcee David ft Altimet
  6. 2 Lands- TTC ft Daly ahlifiqir
  7. KOMY Interlude
  8. Most Definitely Live (unreleased)- TTC
  9. First Among Equals Interlude
  10. NBA Freestyle
  11. Got Kicks?- Altimet ft Joe Flizzow & Zion I
  12. Budget Clubbing
  13. Mama Say (Run It Remix)
  14. Freak This Mutha- Ruffedge ft Altimet
  15. Clap, Move (new)
  16. Doodat Remix- TTC
  17. Tamborine Freestyle
  18. Fight Club (new)
  19. I Didn’t Write That Freestyle with Emcee David
  20. Come On (new) (remix mashed up) with Emcee David
  21. Just Because ft Najwa (new)
  22. Whats Up With TTC? Interlude
  23. Watch Your Mouth Freestyle
  24. Hey Jude (new)
  25. You Got Me ft Mizz Nina & Dina (new)
  26. Outro

dan pada sesiapa yang berminat, boleh dapatkan Mixtape tersebut di SINI

lebih banyak info mengenai Altimet di Myspace dan Blogger

0 ngomel: