Rabu, 26 September 2007

Berhati hati di jalan raya...


Mereka Juga Memahami. Anda?

(saya dapat dari dalam email. tak tau la iklan nih kluar tv ke tak. terima kasih pak Rudy)

Sabtu, 15 September 2007

Video Layar Tanchap Merdeka

akhirnya berjaya jugak siapkan tiga video untuk diupload. dan sebelum buka puasa tadi berjaya upload ketiga tiga video kat youtube. buat masa ni, tiga video tersebut ialah performance dari sound of acoustic, tongkat & funky doryz. ingat nak try upload guna feature video upload di blogger, tapi slow lain macam plak... hmm maybe video lain yg kecik skit saiz dia kot

Tongkat - Sisterm
http://www.youtube.com/watch?v=RwkX6H2887w

Sound of Acoustics - Jangan Hapuskan Cinta Itu
http://www.youtube.com/watch?v=7r8CcNdxzaM

Funky Doryz - Terbang
http://www.youtube.com/watch?v=QrZyuF9621E

enjois~!
(banyak lagi video akan muncul.. SSK, Dendang Anak, Ana, Fynn, Otam, Radiostar, Watercolors, Apple Juice.. biar masa menentukannya...)

Selamat Beramal Di Bulan Ramadhan..

Ramadhan dah masuk hari ketiga.. akhirnya efek perut sakit mula kick in dengan agak tegas.. inilah padahnya time bulan sebelum sebelumnya asik makan ikut napsu.. bila dah kena tahan skit, mula la perut mengeluarkan amaran dalam bentuk asid.. "kami mahu digest!!" begitulah bunyi mogokkan mengikut tapsiran akal aku yg kebetulan mengalami sedikit tekanan tambahan dari luar perut...

aku dah dapat tiga tape video layar tanchap tempohari. byk bende yg aku amik iktibar dari kejadian video record tuh.. hmm , rasanya tak boleh pakai lagi la position cam tuh... klu nak jauh boleh tapi kena ade something yg boleh elevate atau jadi platform utk tinggikan view camera. tapi tak boleh tinggi sangat nnt org ingat cameraman & organiser nak skodeng collar baju plak... hahaha. ataupun lepas nih mmg vcam balik ke position asal yakni di tengah depan. lighting kena confirm before 8pm, klu tak kesian si eidil terpaksa buat kerja dgn mentaliti 'make-do'. serius beb, dah dua kali eidil buat video utk tanchap, and he did a marvelous job in those 'make do' situation..

*AAAAAA* tetiba rasa dejavu... mcm aku penah buat dan taip bende yg sama sebelum ni... time yg sama, tempat obviously sama.. pehhh...

...anyway, malam nih aku nak cuba habiskan jugak sekurang kurangnya tiga video... then upload kat youtube.. dah tiga hari nih sanggup tak bukak banyak application termasuk YM semata nak jimat system resource utk buat video conversion... (bukan taknak bukak YM, tapi macam pelik gak, YM aku akan kerap dc sambil aku buat keje video convert nih...) insyallah by lewat tengah malam ni aku akan upload video performer layar tanchap merdeka... hmmm nak upload kat youtube ke atau kat blog? tak test lagi feature video blog kat blogger nih... hehehe

Rabu, 12 September 2007

Ulasan : Layar Tanchap Merdeka

sepatutnya aku dah tidur nih.. tapi mata tetiba asyik nak terbukak je, menguap dah banyak kali...

"Alhamdulillah, akhirnya tanchap merdeka telah pun selesai, dengan ini, maka kami pun menutuplah buku agenda LTSA untuk tahun 2007. bagi pihak Xtra Large, TPC, Galeri Seni Shah Alam dan Nasyeed.com.. kami ingin mengucapkan setinggi -tinggi terima kasih kepada mereka² yg sudi datang ke layar tanchap selama musim 2007 ni. semoga kita dipanjangkan umur dan berjumpa lagi di tahun hadapan....."

yup, bagi mereka yang tak percaya.. layar tanchap kelolaan komiti shah alam akhirnya melabuhkan tirainya bagi musim 2007. kebarangkalian paling awal layar tanchap shah alam akan kembali ialah sekitar januari 2008.. kalau tak pun mungkin di bulan februari.. atau bulan mac.. itu selewat lewatnya. pada mereka yang mahukan alasan yang lebih kukuh.. kenapa? hmm.. pertama, kami nak mengumpul agenda dan idea untuk tahun depan. kedua atas faktor masa. dimana untuk hujung tahun ni, kebanyakkan ahlil komiti semua ada banyak perkara yang perlu di 'catch up'. lagi pun, kami percaya, sesudah bulan Ramadhan, lepas Syawal pun banyak acara² yang bakal dihidangkan kepada umum. cuma sepanjang hujung tahun nih, doakanlah kami agar mampu kembali dengan idea yang lebih bernas dan bertenaga.

layar tanchap merdeka yang telah berlangsung pada 7 haribulan september 2007 telah pun selesai dengan jayanya di galeri seni shah alam. ternyata hujan yang turun bermula pada sebelah petang tidak banyak mengganggu kelancaran majlis.. alhamdulillah. kalau ada sesiapa yang rasa hujan cuma mengganggu keselesaan majlis, secara peribadinya aku berfikir sebaliknya.. hujanlah yang buat majlis nampak ceria sepanjang acara berlangsung. tapi adatlah, setiap yang berlaku mesti ada pro dan kontra. walaupun hujan telah menghimpunkan agak ramai manusia yang tak ramai aku kenal, pada masa yang sama terasa sunyi jugak bila ada muka muka biasa yang tak munculkan diri... aku pasrah...

bukan itu saja buat aku pasrah, ada jugak beberapa faktor lain yg buat aku betul² pasrah, tawakal & redha dengan layar tanchap kali ni. pertama sekali aku agak sedikit terkilan tak dapat nak pasang short movie disebabkan masalah teknikal yang berlaku. dah dua kali jadi ni. nasib baik jugaklah pada masa² kecederaan, muncul jugak overhead projector. lega sikit. tapi ternyata dengan ketidakhadiran projektor, memang ada hikmah disebalik kejadian. semua flow berlangsung dalam keadaan yang lebih tenang berbanding edisi yang terdahulu. takde lagi kisah komiti yang terkejar ke sana sini... semua performer dapat perform sepuas puasnya... alhamdulillah. cuma sedikit hampa bila Malokaigruv terpaksa tarik diri pada saat² akhir, kalau tak pasti bertambah layan malam tu. kepada Wan Malokaigruv, "wa takde hal beb.. len kali kita bertanchap lagi... spot korang tetap ada.. tinggal datang je" ;)

selain dari malokaigruv, takde dah kes performer tarik diri.. last minute request nak perform lagi ada.. malam jumaat tu, watak² performer layar tanchap merdeka didokong oleh Dendang Anak (tak pernah jemu tengok / dengar diorang), Watercolors (bakat yang cool), Otam (akhirnya dia dapat experience layar tanchap first hand), Sound of Acoustic (sentiasa groovy dengan musik mereka), Funky Doryz (juga groovy.. dan sedikit hiper), Apple Juice (walaupun nampak macam kekok perform di tanchap.. tapi mereka tetap sempoi... gejala first time perform kat tanchap kot..), Kumpulan Kompang Cahaya Murni (datang lagi atas permintaan ramai), SSK dan kengkawan (performance yg sempoi diiringi Noh & AG Hujan), Ana &Fa &Icky (Ana malam tu jadi Most Demanded Performer.. hehehe), Arus Pelangi (paling kecoh.. hehe), Radiostar (sanggup redah hujan pasal nak perform, RESPEK BEB!), Tongkat (ingatkan tak jadi perform, gue kena tipu!) dan Fynn.... puisi kamu memang!

malam tu jugak ada beberapa booth yang beroperasi. antaranya WeAreNvy (clothing), Grandfather Clothing (clothing.. duh!) Shalia's cupcake dan Encik Umar yang mewakili projek laman web direktori www.myhariraya.com

ternyata malam yang aku rasa bakal jadi panjang, rupanya dipenuhi dengan performance yang hebat hebat belaka... jadi takde la aku ngomel pasal malam yang panjang itu..

Komiti, TPC dan Dendang Anak selepas acara selesai. Gambar dicuri dari encik Supian Bin Ahmad. Terima Kasih Daun Keladi!



SHOUT OUT : kepada Shanina & Ahmad Denis, tahniah atas kelahiran baby Ahmad Ismail Stepanenko pada pagi 070907.. semoga kehidupan kalian bertambah meriah di hari mendatang ;)

Projek Mixtape Encik Ahmad...

akhirnya, semalam dengan rajinnya aku bukak jugak akaun Gmail™ aku utk check apa yang baru aku dapat dalam peti masuk email aku. tak tau kenapa tapi dekat dua hari selepas layar tanchap merdeka, aku macam tak selera nak periksa email. kalau aku bukak pun, samada aku cuma baca tajuk email, atau pun aku tunda hasrat nak periksa email... tapi semalam aku dapat satu email dari seseorang, yang tertera nama pengirimnya sebagai encik Ahmad Alhadad, juga dikenali sebagai DJ Altimet, atau Altimet dari kumpulan rap malaya yang selalu dilabelkan sebagai 'Fugees Malaya'.. The Legendary Teh Tarik Crew. serius be, kalau aku nak cerita pasal sejarah kumpulan ni, sekali dengan sejarah setiap ahlil kumpulan, fakta², trivia²... memang aku bakal miss tido aku malam nih. so kepada sesapa yang tak kenal siapa itu Teh Tarik Crew (TTC), boleh skip post ni pasal ia mungkin tidak akan menguntungkan anda.

apa yang bermula sebagai sesi melakukan pertukaran 'favor' dengan encik Ahmad, akhirnya tersampailah email untuk mempromo hasil projek 'overnight' dia dalam email. nampaknya aku jenis manusia yang tak makan promo di Myspace™, blog², net dan forum².. nak kena 'disuap' jugak baru la aku tau yang Altimet, buat masa sekarang sedang giat buat promosi 'FreeDownload' mixtape yang mengandungi beberapa lagu - baru, lama, adunan semula, tak pernah dengar. tapi apa yang menarik perhatian ialah lagu² baru yang bakal keluar dalam album baru Altimet... Nice Strategy Bro..

berikut ialah senarai lagu yang telah di adunkan menjadi mixtape 'SonRise':

  1. Second Coming (Freestyle)
  2. SonShine (Freestyle)
  3. Work ( Kick Push Remix) (new)
  4. She ft Mawar Berduri (new)
  5. Fancy Flow- Emcee David ft Altimet
  6. 2 Lands- TTC ft Daly ahlifiqir
  7. KOMY Interlude
  8. Most Definitely Live (unreleased)- TTC
  9. First Among Equals Interlude
  10. NBA Freestyle
  11. Got Kicks?- Altimet ft Joe Flizzow & Zion I
  12. Budget Clubbing
  13. Mama Say (Run It Remix)
  14. Freak This Mutha- Ruffedge ft Altimet
  15. Clap, Move (new)
  16. Doodat Remix- TTC
  17. Tamborine Freestyle
  18. Fight Club (new)
  19. I Didn’t Write That Freestyle with Emcee David
  20. Come On (new) (remix mashed up) with Emcee David
  21. Just Because ft Najwa (new)
  22. Whats Up With TTC? Interlude
  23. Watch Your Mouth Freestyle
  24. Hey Jude (new)
  25. You Got Me ft Mizz Nina & Dina (new)
  26. Outro

dan pada sesiapa yang berminat, boleh dapatkan Mixtape tersebut di SINI

lebih banyak info mengenai Altimet di Myspace dan Blogger

Sabtu, 8 September 2007

The Snake & The Cat

as requested by miss ana.. finally i got the pictures...



Rabu, 5 September 2007

Chenta Kasorgha

i have to admit im not much of a scene fan since...................................................................................... dang i can remember since when.. i must've gotten real fuzzy but i reckon this is among the finest jam session u'll see this weekend. first of all because it only have less than 15 performer.. 2nd, because it only have ohchentaku, telephonydelivery, yuna & otam among others.. this guys is in my fav list. but where is nettoz u ask? beat me, i only go to sec15 subang for the food at the former medan makan place.. and the occasional visit to the printing shop

Selasa, 4 September 2007

aku ingin 'trance-sang' lagi!!!

ini hari secara magisnya aku boleh bangun awal walaupun tido tak sampai 4jam.. dan yg bestnyer hari nih aku ade banyak perjumpaan dan yang paling akhir untuk hari ni, bersama komiti dari pukul 11mlm sampai tah bila.. dan aku takde plak nak merungut... hari ini aku sungguh tidak aku.. ape jadi ek? nih mesti kes aku bangun di sisi tilam yang betul.. slalu ade je la yang tak kena.. o ye, aku tetinggal barang dua kali arinih.. walaupun dah jenuh berpegang pada objek² berikut. ternyata walaupun hari nih aku cargas, tapi sifat tenang sampai lupa aku datang balik.. huhu takpe, yang penting arinih aku gumbira.

dengan jayanya arinih aku jumpa chenta hati kat klcc.. hmm agak lama, rindu memang pun.. sangat.. tapi arinih aku jadi macam memula dulu.. secara tak sengaja duk main usha² je.. dia pandang aku pandang tempat lain.. kengkonon cecurik pandang la tuh.. hahaha dan arinih tengok rush hour 3.. dan untuk sekian kalinya aku lambat sampai ke lokasi.. sampai setengah jam lewat. tapi aku tak komplen juga... hmmm mmg arinih aku bukan aku...

kekadang aku cuba gak pikir, ape yang buat aku teruja satu jenis hari nih.. dan hasil rumusan ringkas aku, ade dua faktor.. pasal hari nih dapat jejalan degan chenta hati, dua pasal aku diberitahu yang Dendang Anak bakal datang beraksi di layar tanchap merdeka.... lagi sekali!!! kali terakhir diorang datang, diorang berjaya buat aku teruja layan alunan instrument musik yang agak berjiwa setempat... dan lagu mereka bersifat kerohanian.. memang aku dasar melayu yang haus.. lupa dengan pencak sendiri, sekali terpaut terus menari. yeap, dah lama aku tak dengar lagu lagu melayu yang dikelaskan sebagai lagu² orang kampung nih. bebaru nih aku jumpa cd hamzah dolmat, maka aku layan la dengar lagu rentak zapin, joget, asli... terus badan aku duk terhenjut² layan groove rentak tanpa dapat dikawal.. walaupun takde la sampai tahap macam kena fengtau kaw².. tapi sebagai melayu.. aku rasa macam tanggungjawab aku plak kena bertindak balas dengan alunan komposisi bunyi bunyian akar bangsa ni. harap²nya kali ni aku dapat duduk setempat walaupun untuk satu lagu dengan alunan lagu-laguan macam ini... supaya aku boleh 'trance-sang'... hahaha

p/s : nantikan gambar mata duitan saya... kalau tak dalam blog ni, dalam blog chenta hati saya... huhu

Aku Yang Merdeka

aku yang merdeka

aku yang merdeka duduk di tengah padang sana
duduknya didalam kandang kecil berpagarkan kata
sempit tidak kurasa. kerna aku tahu aku merdeka

aku yang merdeka berlegar legar mencium suasana
merasai apa yang tidak boleh ditegur dengan mata
menggenggam dengan rasa yang tidak terperi haknya

aku yang merdeka dengan menjunjung petala
menyembah keringat dikala senja
mencari cahaya di celah jendela
menjamu nafsu dengan lafaz, kini aku sudah merdeka

aku yg merdeka berdiri lurus tangan didepa
denga akal yang disita meluru ke kiri dan kanan
meneroka dengan puas setiap bucu kandang
menginsafi kalam yang dipanggil kebebasan

Ahad, 2 September 2007

not everything rhyme with "Dirrrty"




... well i'll be damned.. ;)

i wish i cud do this...



seriously.. i wish i cud... *sigh*...