Selasa, 31 Mac 2009

.. dan aku tidak merokok, tapi turut terkena tempiasnya

sekiranya anda seorang perokok tegar, anda pasti perasan yang sejak kebelakangan ni, hampir semua stok kotak rokok baru ada gambar yang berkaitan dengan penyakit akibat merokok dan sesungguhnya gambar gambar itu memang berjaya membuatkan perasaan geli geleman seseorang muncul (lucu bila tgk muka member mencebik tapi pada masa yang sama geledah kotak rokok carik rokok.. macam masukkan tangan dalam mangkuk berisi ulat hidup pun ada juga ekspresinya). tak dinafikan kerajaan melalui kementerian yg bertanggungjawab tidak 'main-main' lagi dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap komplikasi akibat merokok ni. walaupun secara peribadinya aku tak rasa cara ni efektif melangkaui 25% dari expectation, tapi biarlah, janji effort tuh ada.. kot?

sebagai seorang yg tidak merokok, aku tak kisah sangat dengan kempen nih. malah aku rasa cara ni pelik kerana aku pasti dalam reramai manusia kat mukabumi malaysia nih, mesti ada seorang dua yang akan meningkatkan pulak jumlah belian kotak rokok dengan design macamnih atas dasar minat 'suka kumpul barang rare'. tapi pada aku itu bergantung pada citarasa la, duit dia pun kan?

tapi malam ni, walaupun aku tau bukan salah kementerian yg bertanggungjawab secara direct, buat pertama kali aku 'terasa' kesannya dan buat pertama kali aku memahami hati perasaan kengkawan yg selalu duk menyumpah tiap kali beli kotak rokok. marah nih. kenapa la nak kena letak gambar nih besar besar? dan kenapa aku pulak yang terkena?




dah la aku makan on the go. hilang selera aku nak makan masa tengah tak sihat nih...

2 ngomel:

Lynn berkata...

i really really applaud this move. biar they actually realize smoking is never good news :P

Tun Af'fi Sofyan berkata...

haha.


aku gelak sakan.