Isnin, 31 Mac 2008

baby, can i have your number?

sebenarnya aku bercadang nak blog pasal pengalaman aku sesat di melaka waktu kursus bebaru ni. tapi malangnya henpon aku baru saja ilang di damansara. di sebuah tempat makan yg agak femes tapi dah buka di tempat lain yg berdekatan dengan tapak lama (haa teka jangan tak teka.. tapi takde hadiah la kan.. hp sudah ilang lagi mau hadiah ka? busuk la korang... hahaha). hangin je. dah la staff² dia lurus betul. dah tau tempat baru nih guna sistem pesanan makan minum bersepadu berkomputer guna sistem IT yang senang crash, jangan la sampai customer order sky juice pun nak kena key-in and jammed the already crash system with new order.. just give the dang sky juice as complimentary while waiting for the real deal la kan. dan paling best, aku sempat la tanya staf dia dgn sinikalnya, "kalau saya tercekik, kena key in jugak ke air kosong tu?". so selaras dengan fungsi staf tuh sebagai front end staf yg tiada kuasa untuk menunda peraturan kerja dan takut gaji kena potong mungkin sebanyak rm50 (minimum) kalau bagi air kosong tak ikut que... agak aje la apa jawapan dia.. ingat, mereka nih lurus orangnya dan aku tak rasa jawapan mereka juga berunsurkan sinikal (maaf, masih tiada hadiah untuk peneka yang tepat, saya baru hilang henpon kan...).

aku takde isu dengan mutu makanan/minuman yang dihidangkan. tapi malam tadi aku memang ada isu dengan servis. memang 'potong' selera bila terpaksa biarkan makanan sejuk depan mata semata tunggu air yg tak kunjung tiba. jadi lepas berjaya jugak dpt air yg kitorang order, yang datang lepas habis makanan, dengan pantasnya aku dgn epi gerak. asalnya epi amik aku nak bawak ke rumah baru dia so singgah ke situ untuk quick dinner. tapi pasal dah berapi dengan servis yg mengeciwakan, habis je air, terus tinggal duit, terus blah.. dan disitula episod kehilangan henpon bermula. ikut geram, bukan stakat tinggal duit je, habis dengan henpon pun aku tertinggal. jadi kesimpulannya aku bayar makan/minum + servis ampes = duit + henpon... baik punya tip aku bagi. untung la sape yg dpt henpon tuh. aku pun cuma terperasan lepas dah lepak kat umah epi after 1hour plus. selepas tgk dvd satu. datang balik, sebenarnya aku agak positif yg henpon aku mmg tertinggal kat tempat makan tuh. aku 110% pasti. waktu dah nak sampai tuh. hp tuh off, dah agak dah mesti dah kena kaut. cuma tak tau sape. dan apa yang mengejutkan bila aku tanya staf² yg ada kat situ. takde sorang pun claim nampak apa² atas meja. kenapa aku cakap aku terkejut, pasal sepanjang aku kat situ tunggu makanan. aku perasan yang klu customer tunggu pesanan makan/minum, agak lambat sampai tapi kalau bab cleaning, 30% kurang efisyen dari pit crew team formula f1 paling slow. jadi agak mustahil takde sorang pun staf yg prasan ada henpon atas meja sebelah pinggan kosong.

memula aku saspek jugak kot ada customer yg kaut since aku agak suka dgn makanan tempat tuh dan try yakinkan hati bukan org situ yg buat since aku taknak la pangkah kedai yg aku suka pegi. tapi bila check itemised bill. ternyata ada nombor asing yg di dail. dan aku takde sedara mara kat sana. konperm dan pasti. klu ada pun mungkin sedara mara yg dah terlalu jauh sebanyak tujuh generasi. begitu la jauhnya perhubungan persaudaraan aku dengan org dinegara tersebut. takpe la. tgk la esok camne. memang dah janji dengan owner kedai pun nak follow up esok. skang dah pukul 3pagi. tak larat dah nak pikir apa.

p/s : sorry alvin.. i'll make up to u.. next month perhaps

2 ngomel:

uranus berkata...

hish2..kesian yer...

w.a.w.a berkata...

hmmm... adat la tu.. kalau kat "menara" saye ni, kalau lepa sesaat pun takkan jumpe lagi.. tgk la kat cctv sekalipun takkan nampak pencopetnye.. nampak tangan je yg tetibe muncul dr belakang partition..