aku takde isu dengan mutu makanan/minuman yang dihidangkan. tapi malam tadi aku memang ada isu dengan servis. memang 'potong' selera bila terpaksa biarkan makanan sejuk depan mata semata tunggu air yg tak kunjung tiba. jadi lepas berjaya jugak dpt air yg kitorang order, yang datang lepas habis makanan, dengan pantasnya aku dgn epi gerak. asalnya epi amik aku nak bawak ke rumah baru dia so singgah ke situ untuk quick dinner. tapi pasal dah berapi dengan servis yg mengeciwakan, habis je air, terus tinggal duit, terus blah.. dan disitula episod kehilangan henpon bermula. ikut geram, bukan stakat tinggal duit je, habis dengan henpon pun aku tertinggal. jadi kesimpulannya aku bayar makan/minum + servis ampes = duit + henpon... baik punya tip aku bagi. untung la sape yg dpt henpon tuh. aku pun cuma terperasan lepas dah lepak kat umah epi after 1hour plus. selepas tgk dvd satu. datang balik, sebenarnya aku agak positif yg henpon aku mmg tertinggal kat tempat makan tuh. aku 110% pasti. waktu dah nak sampai tuh. hp tuh off, dah agak dah mesti dah kena kaut. cuma tak tau sape. dan apa yang mengejutkan bila aku tanya staf² yg ada kat situ. takde sorang pun claim nampak apa² atas meja. kenapa aku cakap aku terkejut, pasal sepanjang aku kat situ tunggu makanan. aku perasan yang klu customer tunggu pesanan makan/minum, agak lambat sampai tapi kalau bab cleaning, 30% kurang efisyen dari pit crew team formula f1 paling slow. jadi agak mustahil takde sorang pun staf yg prasan ada henpon atas meja sebelah pinggan kosong.
memula aku saspek jugak kot ada customer yg kaut since aku agak suka dgn makanan tempat tuh dan try yakinkan hati bukan org situ yg buat since aku taknak la pangkah kedai yg aku suka pegi. tapi bila check itemised bill. ternyata ada nombor asing yg di dail. dan aku takde sedara mara kat sana. konperm dan pasti. klu ada pun mungkin sedara mara yg dah terlalu jauh sebanyak tujuh generasi. begitu la jauhnya perhubungan persaudaraan aku dengan org dinegara tersebut. takpe la. tgk la esok camne. memang dah janji dengan owner kedai pun nak follow up esok. skang dah pukul 3pagi. tak larat dah nak pikir apa.
p/s : sorry alvin.. i'll make up to u.. next month perhaps