Memaparkan catatan dengan label membebel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label membebel. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mac 2009

.. dan aku tidak merokok, tapi turut terkena tempiasnya

sekiranya anda seorang perokok tegar, anda pasti perasan yang sejak kebelakangan ni, hampir semua stok kotak rokok baru ada gambar yang berkaitan dengan penyakit akibat merokok dan sesungguhnya gambar gambar itu memang berjaya membuatkan perasaan geli geleman seseorang muncul (lucu bila tgk muka member mencebik tapi pada masa yang sama geledah kotak rokok carik rokok.. macam masukkan tangan dalam mangkuk berisi ulat hidup pun ada juga ekspresinya). tak dinafikan kerajaan melalui kementerian yg bertanggungjawab tidak 'main-main' lagi dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap komplikasi akibat merokok ni. walaupun secara peribadinya aku tak rasa cara ni efektif melangkaui 25% dari expectation, tapi biarlah, janji effort tuh ada.. kot?

sebagai seorang yg tidak merokok, aku tak kisah sangat dengan kempen nih. malah aku rasa cara ni pelik kerana aku pasti dalam reramai manusia kat mukabumi malaysia nih, mesti ada seorang dua yang akan meningkatkan pulak jumlah belian kotak rokok dengan design macamnih atas dasar minat 'suka kumpul barang rare'. tapi pada aku itu bergantung pada citarasa la, duit dia pun kan?

tapi malam ni, walaupun aku tau bukan salah kementerian yg bertanggungjawab secara direct, buat pertama kali aku 'terasa' kesannya dan buat pertama kali aku memahami hati perasaan kengkawan yg selalu duk menyumpah tiap kali beli kotak rokok. marah nih. kenapa la nak kena letak gambar nih besar besar? dan kenapa aku pulak yang terkena?




dah la aku makan on the go. hilang selera aku nak makan masa tengah tak sihat nih...

Selasa, 3 Mac 2009

the place where i will never set foot on...

if somehow you are reading this, either you stumble upon it or you are someone who knows me alot. therefore, i categorize u as friends. and if you are my friend, you must have know lots about me. but there are also some things about me that not even family related or friends, knows about. today i've decided to share something with you presumably my friends.

there are places in this world i love to set my two feet on, let say, one of them is disneyland, among others. but rest assured, i will never, set even my tiniest intention to this place. no matter how flattering the offer, a big 'f**k you' will answer your request if you, my friend, choose to force me to go to that place and this place


Ahad, 22 Februari 2009

tunggu sekejap...

sabar ye... tahan skit ye... tak lama dah.... jgn ko mati lagi sehari aku nak ganti ko plak, sudah.. byk nih data nak transfer...

hai la encik harddisk, memang la bagus kapasiti ko besar, tapi sekali ko fail, besar jugak la masalah ko bagi kat aku


..... mana resit ko aku nak hantar claim warranty nih? huhuhu

Rabu, 31 Disember 2008

Showtime's Showcause

yeah, saya telah menerima sepucuk email dari bonda yg telah diterima dari ISP yg telah dititip bagi pihak Showtime Networks Inc yg menyatakan bahawa pemilik ip sekian sekian telah mendera hakcipta dengan memuat turun siri tv Dexter. apa yg menarik disini. saya tidak pernah penonton dexter dan semata teringin nak tau ending untuk season terbaru, baru itu la satu yg saya donwload. sepanjang saya berkecimpung dalam bidang ini, first time sy kena warning letter camnih. Ye la, lepas nih tak download dah, lain kali baca sinopsis je, tak pun beli dvd pirate since takde sape kat malaysia nak jual dexter secara sah. kalau ada pun, susah mau dapat.
tapi apa yg terkilan lepas nih tak dapek la den nak download californication. kerana diantara dexter dan californication. sy lebih suka menonton calfornication. dan californication juga bernaung dibawah syarikat yang sama. haishhhh

Jumaat, 19 Disember 2008

curse mode is ON!

pernah tak jadi kat korang, korang tak boleh recall satu benda pun yg terjadi sepanjang seminggu dua lepas bilamasa pada saat terkini, korang amat memerlukan memori tersebut? rasa macam nak carik je any emergency button yg boleh remove memory blockage nih so u can remember the tiniest detail of what were you doing specifically at 1.15:45pm last two thursday. ok forget about the tiniest detail part, cukup la cuba untuk ingat kat mana korang letak sesuatu benda yg penting pada hari khamis tersebut? kalau korang boleh ingat? i suggest korang cherish moment tuh and safe keep or atleast revisit that thing so in the future, bila korang terkena memory blockage mcm aku kena nih, atleast ur subconcious will play it part in trying to visualise the imagery of that memory...


ic aku ilang dan aku tak ingat bila kali terakhir aku aku guna... uwaaaaaa~

Jumaat, 5 September 2008

Sahur & Topik Yang Sesuai...

i saw one hilarious tv show early this morning. its a cooking show with a twist. actually, its a normal cooking show where they have guest accompanying the host aka the cook. now whats so hilarious about this show? first of all. its not ur anyday cooking show, its a ramadhan special. so they invite a religious guest. for this particular episod, an ustazah. not that ustazah need to cook anything or pass out a recipe. the producer decide to have the guest to preach while the host try to prepare the meal. i dont know if this sound akwardly funny to all of u, but the sight of the host trying to listen to the ustazah words seems like it. the 'uhum, aha, ye, ooo' nampak sangat terpaksa. and yes, forget the cam shot to the meal process, what matter is the content of the topics.

topik hari ini ya anak² adalah 'perkara² yang boleh membatalkan puasa'


..........

..........

..........

its a cooking show gedemit, its not ur mother in law membebel while u are trying to cook AT HOME!. so i dont think the sound of words like mani, korek hidung, haid amat bersesuaian dengan visual yg rata ratanya adalah benda masakan in its raw look like kuning telur. sekembang² putih telur, kembang lagi tekak tengok benda makan yang di sisipkan dengan penjelasan ustazah tadi.

mungkin niat producer tuh mungkin baik nak sekalikan tema ramadhan dan masakan tapi topik tuh agak tak kena la, nak plak rata² orang yg tengoknya tengah nak makan sahur.

.. dan yg nyatanya mata aku berair masa makan sahur tadi. semuanya pasal tahan gelak di tempat umum dan dari tersedak kuat kuat.


kepada semua pelawat blog yg beragama Islam, selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat beramal di bulan yang mulia ini... hmm, tak sempat plak nak wish on time ;p

Selasa, 26 Ogos 2008

I Dream of DiGi..

memula aku memang ada niat nak convert no phone aku dari prepaid ke postpaid, tapi bebaru ni aku tetiba macam berbelah bagi so ingat nak postpone la niat aku sebulan lagi. tapi hasil sesi usha aku ke digi center, konon nak usha je, alihnya terjebak juga.

pengajarannya.. kalau lain kali sudah pasang niat, sudah pikir, tak payah la postpone. kasi jalan je

Khamis, 12 Jun 2008

dan sebabnya...

arinih aku dpt dua berita yang mendapat feedback negatif dari aku. pertama :

gaji kakitangan awam akan dibayar dua kali sebulan bagi mengurangkan bebanan.

aku pernah keje dengan sistem gaji macam ni. end up aku lebih tertekan sebab duit akan sentiasa nampak tak cukup dan pekerja akan jadi lebih cepat panik dari sistem yg diguna pakai sekarang. dgn kos sara hidup sedia ada dan akan datang, sepatutnya inilah salah satu 'perkara kecil' yang boleh dielakkan dari belaku. sure, tak semua orang cepat gabra bila dapat duit separuh pendapatan ditengah bulan. tapi aku pernah terkena satu kejadian repair motorsikal dan kos repairnya saja merupakan 150% dari jumlah gaji setengah bulan aku. dengan kos repair macam tu. macam mana aku nak kluarkan motor dari bengkel dan pergi bekerja sedangkan motorsikal adalah main transportation aku untuk kemana². sure ada yang bijak bagi jawapan, naik la public transport. tapi persoalannya. walaupun aku peruntukkan gaji setgh bulan aku untuk public transport (jangan lupa, aku ada expenses lain), adakah aku masih mampu nak bayar bill repair motor aku dengan baki setgh gaji aku pada hujung bulan? ingat, kos repair & servis saja sudah 150% dari setengah gaji... ? kalau mekanik tuh paham situasi gaji aku mungkin dia boleh consider nak lepas dengan outstanding 50% lagi dibayar pada hujung bulan. tapi terus terang aku tanya korang.. ada yg peduli ke?

mungkin sistem bayar separuh ni tak terlalu dirasakan bagi mereka yg tangga gaji berada dalam lingkungan rm3000 keatas, tapi bagi yang macam aku dibawah rm2000 nih? kalau ditanya pendapat aku, sistem gaji macam ni lebih menyesakkan mental sebab setiap dua minggu pekerja akan mula resah pikir mana nak carik duit dan lebih terkenangkan duit gaji yang separuh lagi berbanding dengan sistem sedia ada. sekurang²nya, sistem sedia ada akan membolehkan pekerja prioritize penggunaan duit dengan lebih efisyen dan yang paling penting, lebih berkesan dalam menangani isu isu kecemasan. bayangkan, bagi mereka yang berpendapatan dibawah rm1500. gaji dibayar rm750 pada pertengahan bulan, tolak sewa rumah rm500.. tolak bil semasa dalam rm250.. sudah rm750... anak² yg nak kesekolah? kos pengangkutan harian? baiklah, mungkin ada yg berkata, bil boleh dibayar hujung bulan. maka akan available semula rm250 itu. tapi rm250 untuk kos sara diri selama dua minggu dengan tanggungan sedia ada. cukup? mari saya serikan imaginasi anda dengan satu kes tambahan. ada kematian ahli keluarga terdekat pada penghujung minggu pertama dan awal minggu kedua. bagaimanakah seseorang itu mengagihkan baki rm250 itu. untuk kegunaan harian atau untuk kos perjalanan melawat keluarga yg mungkin berada dihujung peta malaysia?

sebenarya aku agak terkilan, sepenuh penuh bilik mesyuarat yang membentang usul dan memerah otak memikir perkara terbaik untuk kakitangannya, tiada pula yang mencadangkan agar sistem ini diberi tempoh percubaan. bukan sebarang tempoh percubaan. "tempoh percubaan dengan pilihan". thats how i would like to say it. apa salah kakitangan kerajaan ini diberi kebebasan dengan memilih sendiri option sistem gaji yang ingin digunakan. aku tak cakap sistem 2x gaji sebulan ni takde peminatnya. mungkin ada. tapi bagi mereka yg aku nyatakan tadi. pendapatan dibawah rm2000 nih sepatutnya dibagi pilihan. pekerja bebas menentukan sistem gaji mana yang sesuai diguna pakai bagi mereka. mungkin bagi seorang kakitangan awam yang memiliki 4 rumah sewa dikawasan bandar, menjual burger didepan rumah pada malam hari atau ada ladang kelapa sawit yang aktif dengan hasil tidak kisah dengan sistem gaji separuh atau suku bulan ni. tapi bagi mereka yang banyak tanggungan aktif seperti anak² kecil seramai 4 hingga 6 orang yang masih bersekolah dan terpaksa berulang alik ke opis dari tanjung karang ke shah alam setiap hari kerana tidak mampu menyewa rumah di sekitar shah alam, mungkin ada ahli keluarga yang sepanjang hidupnya terpaksa berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan ubat²an yang mencecah sehingga 40% dari gaji bulanannya.... bagaimana dengan mereka ini? dan tidak dilupakan bagi yang bujang tapi menanggung perbelanjaan ahli keluarga yang sudah tidak bekerja dan masih belum bekerja dan masih belum berkahwin tapi dah teringin sangat nak kawin dalam 2-3tahun nih. adakah harapan mereka terpaksa di 'carry forward'?

sekurang kurangnya dengan wujudnya pilihan ini, kerajaan akan dapat melihat sistem gaji mana yang lebih sesuai untuk setiap peringkat kakitangannya dan sekaligus nampak pola pendapatan dan aliran sosio-ekonomi setiap kakitangannya. kalau ikut pendapat aku jugak, memang sesuai buat 'test run' dalam tempoh terdekat ini dengan seluruh rakyat negara ini, tak kira baik bagi kakitangan kerajaan atau swasta akan menempuh bulan ramadhan, hari raya, krismas, cuti sekolah dan buka sekolah. sekaligus kerajaan boleh pantau efektifnya penggunaan sistem gaji 2x sebulan ni. dan katakanlah, tempoh test run ini tamat pada januari tahun 2009. kerajaan boleh memutuskan samada sistem ini sesuai digunakan bagi semua kakitangannya atau mungkin pada peringkat² tertentu atau dilokasi² tertentu. dan yang paling penting, dari melihat hampir keseluruhan kakitangan sokongan penjawat awam seperti hari hari menratapi kematian ahli keluarga terdekat, sekurang kurangnya hanya mereka yang telah rela hati menawar diri untuk mencuba sistem gaji 2x sebulan ini saja yang akan nampak kesannya. dan saya pasti, selain dari golongan kakitangan awam berpendapatan sampingan, mereka yang mungkin sebenarnya sudah lahir kaya saja yang mampu tersenyum pada penghujung test run sistem gaji ini. saya 80% yakin.


perkara kedua yang aku tak suka berlaku pada hari ini. jersi baru chelsea untuk perlawanan 'away' tidak lawa dan mengundang badi. warna hitam?

tidakkah mereka ketahuan bahawa di england, warna hitam dan kelabu merupakan warna yg dominan dan sinonim dengan badi tiada nasib? ini tidak saja berlaku kepada national team england tetapi tertempias kepada kelab² bolasepaknya juga. walaupun saya bukan penyokong MU, tapi saya tau sewaktu MU ada jersi away berwarna kelabu sekitar tahun 90an, tidak pernah mereka perform dengan baik? chelsea juga pernah mempunyai jersi biru yang dipadankan dengan warna oren ringan dan kelabu pada awal tahun 80an dan mereka tidak mempunyai sebarang pencapaian membanggakan sepanjang tahun itu. sekiranya anda sangsi dengan kenyataan saya dan anda merupakan fans arsenal ataupun liverpool dan menganggap ini merupakan alasan kemelesetan form pasukan seperti MU dan Chelsea. cuba... cuba anda pergi ke forum peminat laman web rasmi pasukan kesayangan anda di england tu dan bagi cadangan guna jersi kelabu bagi satu musim. saya pasti sebanyak 80% anda akan digelar 'musuh dalam selimut' kerana cuba menyebarkan badi oleh peminat peminat yang sememangnya lahir di liverpool mahupun kota london

Isnin, 31 Mac 2008

baby, can i have your number?

sebenarnya aku bercadang nak blog pasal pengalaman aku sesat di melaka waktu kursus bebaru ni. tapi malangnya henpon aku baru saja ilang di damansara. di sebuah tempat makan yg agak femes tapi dah buka di tempat lain yg berdekatan dengan tapak lama (haa teka jangan tak teka.. tapi takde hadiah la kan.. hp sudah ilang lagi mau hadiah ka? busuk la korang... hahaha). hangin je. dah la staff² dia lurus betul. dah tau tempat baru nih guna sistem pesanan makan minum bersepadu berkomputer guna sistem IT yang senang crash, jangan la sampai customer order sky juice pun nak kena key-in and jammed the already crash system with new order.. just give the dang sky juice as complimentary while waiting for the real deal la kan. dan paling best, aku sempat la tanya staf dia dgn sinikalnya, "kalau saya tercekik, kena key in jugak ke air kosong tu?". so selaras dengan fungsi staf tuh sebagai front end staf yg tiada kuasa untuk menunda peraturan kerja dan takut gaji kena potong mungkin sebanyak rm50 (minimum) kalau bagi air kosong tak ikut que... agak aje la apa jawapan dia.. ingat, mereka nih lurus orangnya dan aku tak rasa jawapan mereka juga berunsurkan sinikal (maaf, masih tiada hadiah untuk peneka yang tepat, saya baru hilang henpon kan...).

aku takde isu dengan mutu makanan/minuman yang dihidangkan. tapi malam tadi aku memang ada isu dengan servis. memang 'potong' selera bila terpaksa biarkan makanan sejuk depan mata semata tunggu air yg tak kunjung tiba. jadi lepas berjaya jugak dpt air yg kitorang order, yang datang lepas habis makanan, dengan pantasnya aku dgn epi gerak. asalnya epi amik aku nak bawak ke rumah baru dia so singgah ke situ untuk quick dinner. tapi pasal dah berapi dengan servis yg mengeciwakan, habis je air, terus tinggal duit, terus blah.. dan disitula episod kehilangan henpon bermula. ikut geram, bukan stakat tinggal duit je, habis dengan henpon pun aku tertinggal. jadi kesimpulannya aku bayar makan/minum + servis ampes = duit + henpon... baik punya tip aku bagi. untung la sape yg dpt henpon tuh. aku pun cuma terperasan lepas dah lepak kat umah epi after 1hour plus. selepas tgk dvd satu. datang balik, sebenarnya aku agak positif yg henpon aku mmg tertinggal kat tempat makan tuh. aku 110% pasti. waktu dah nak sampai tuh. hp tuh off, dah agak dah mesti dah kena kaut. cuma tak tau sape. dan apa yang mengejutkan bila aku tanya staf² yg ada kat situ. takde sorang pun claim nampak apa² atas meja. kenapa aku cakap aku terkejut, pasal sepanjang aku kat situ tunggu makanan. aku perasan yang klu customer tunggu pesanan makan/minum, agak lambat sampai tapi kalau bab cleaning, 30% kurang efisyen dari pit crew team formula f1 paling slow. jadi agak mustahil takde sorang pun staf yg prasan ada henpon atas meja sebelah pinggan kosong.

memula aku saspek jugak kot ada customer yg kaut since aku agak suka dgn makanan tempat tuh dan try yakinkan hati bukan org situ yg buat since aku taknak la pangkah kedai yg aku suka pegi. tapi bila check itemised bill. ternyata ada nombor asing yg di dail. dan aku takde sedara mara kat sana. konperm dan pasti. klu ada pun mungkin sedara mara yg dah terlalu jauh sebanyak tujuh generasi. begitu la jauhnya perhubungan persaudaraan aku dengan org dinegara tersebut. takpe la. tgk la esok camne. memang dah janji dengan owner kedai pun nak follow up esok. skang dah pukul 3pagi. tak larat dah nak pikir apa.

p/s : sorry alvin.. i'll make up to u.. next month perhaps

Isnin, 24 Mac 2008

arghhh... just.. arghhh

maybe i have to tell myself this everytime im doing something with the codes.... "page layout, let it be, thankful.. good.... editing... badddd"


now i've lost some of the link and im not in the mood to retype all that.. not in the near future... maybe when i feel like it.. shuck~

Isnin, 28 Januari 2008

keputusan yg tepat.. pasti

malam ahad tadi adalah antara keputusan yang rasanya habis tepat penah aku buat dalam masa terdekat nih. keputusan untuk meredah hujan (dengan selamat), tak tengok AJL (skaligus tak bagi sokongan moral kepada kegnkawan yang terlibat.. sorry~!) semata nak tengok reza salleh, yuna dan.. ermm owen nicholas perform di no black tie. something about that place make u say "ooh, have to go there~!" maybe the place setting, the acoustic, maybe the performer.. tapi yang nyatanya, konsep persembahan yg cozy dan layback memang sesuai dengan tempat tu. all u need is an acoustic guitar, piano, or maybe violin.. and no loud music (or maybe im just too old for loud stuff?).. and u wont realize how time flies, how u've been spending 2-3 hours of good acoustic music by 'nice' musician and songwriters.. which malaysia never seem to lack nowdays. thank god!

at first terasa gak macam berat kaki & hati nak pegi kl just to watch a 10pm show consist of three performer, dah la hujan, takut dah sampai nanti dah miss 2/3 of the performer.. but luckily me and syai manage to catch owen nicholas 2nd last song for his first set. otam was at the staircase greeting us. nasib baik dia datang... dalam hati risau jugak.. kalau tak takbleh balek woo
then there was reza salleh.. as usual, doing his thing, wooing the best of people in the venue regardless of gender with his song. and his light joke seems to work everytime (everytime disini bermaksud baru dua kali ku lihat performance dia, dua kali jugak light joke dia menjadi thru out the session).. nice lad by the way. then waktu tengah tengok reza perform, saya disapa oleh cik yuna.. she's nervous.. can u believe that? i didnt bite it. dia dikelilingi kawan² and ayahnya, she's about to perform in a nice place. whats there to be nervous about? saya lagi jeles dengan 'pencapaian' dia ketika itu... (hahah, terkeluar jugak ayat skema aku).

bila tiba masa yuna perform, i think the pre-stage jitter seems to change into a fuel for a wonderful performance. sapa kata jitter itu tidak bagus? janji tak over gugup sudah, u wont messed up that bad~!. she belted out four song (i think.. saya lost didalam aura tempat tu, all performance dihayati sedalam dalamnya) and an encore with a beautiful cover of 'polaroid' originally done by Oh ChentaKu!... personally, saya rasa suara Mior OCK harus diselitkan sebagai 'distance scream' in one of the chorus since aura lagu polaroid versi yuna masih ada 'dark' feel... just in case lagu ni akan masuk dalam studio dan projek yuna akan datang..

sayangnya, malam tu reza salleh cuma perform satu set. but its consider fair since the other performer, owen nicholas came all the way from england to perform, so it's only fair to give the lad a 2nd round of heartfelt performance. during his 2nd round on stage, he did mention his album is going out soon, but what sound as a good news turn out to an almost waste when the singer/songwriter say he's not sure whether it will be available in malaysia. sure, he's not exactly jack johnson or jason mraz to my ears but for such a talent, u definitely wish u could have something from the lad. lets just hope his album will make his way in our local store.

perghh.. gila rojak post aku... bila la aku nak berjaya post blog dalam satu bahasa je nih?