Rabu, 12 September 2007

Projek Mixtape Encik Ahmad...

akhirnya, semalam dengan rajinnya aku bukak jugak akaun Gmail™ aku utk check apa yang baru aku dapat dalam peti masuk email aku. tak tau kenapa tapi dekat dua hari selepas layar tanchap merdeka, aku macam tak selera nak periksa email. kalau aku bukak pun, samada aku cuma baca tajuk email, atau pun aku tunda hasrat nak periksa email... tapi semalam aku dapat satu email dari seseorang, yang tertera nama pengirimnya sebagai encik Ahmad Alhadad, juga dikenali sebagai DJ Altimet, atau Altimet dari kumpulan rap malaya yang selalu dilabelkan sebagai 'Fugees Malaya'.. The Legendary Teh Tarik Crew. serius be, kalau aku nak cerita pasal sejarah kumpulan ni, sekali dengan sejarah setiap ahlil kumpulan, fakta², trivia²... memang aku bakal miss tido aku malam nih. so kepada sesapa yang tak kenal siapa itu Teh Tarik Crew (TTC), boleh skip post ni pasal ia mungkin tidak akan menguntungkan anda.

apa yang bermula sebagai sesi melakukan pertukaran 'favor' dengan encik Ahmad, akhirnya tersampailah email untuk mempromo hasil projek 'overnight' dia dalam email. nampaknya aku jenis manusia yang tak makan promo di Myspace™, blog², net dan forum².. nak kena 'disuap' jugak baru la aku tau yang Altimet, buat masa sekarang sedang giat buat promosi 'FreeDownload' mixtape yang mengandungi beberapa lagu - baru, lama, adunan semula, tak pernah dengar. tapi apa yang menarik perhatian ialah lagu² baru yang bakal keluar dalam album baru Altimet... Nice Strategy Bro..

berikut ialah senarai lagu yang telah di adunkan menjadi mixtape 'SonRise':

  1. Second Coming (Freestyle)
  2. SonShine (Freestyle)
  3. Work ( Kick Push Remix) (new)
  4. She ft Mawar Berduri (new)
  5. Fancy Flow- Emcee David ft Altimet
  6. 2 Lands- TTC ft Daly ahlifiqir
  7. KOMY Interlude
  8. Most Definitely Live (unreleased)- TTC
  9. First Among Equals Interlude
  10. NBA Freestyle
  11. Got Kicks?- Altimet ft Joe Flizzow & Zion I
  12. Budget Clubbing
  13. Mama Say (Run It Remix)
  14. Freak This Mutha- Ruffedge ft Altimet
  15. Clap, Move (new)
  16. Doodat Remix- TTC
  17. Tamborine Freestyle
  18. Fight Club (new)
  19. I Didn’t Write That Freestyle with Emcee David
  20. Come On (new) (remix mashed up) with Emcee David
  21. Just Because ft Najwa (new)
  22. Whats Up With TTC? Interlude
  23. Watch Your Mouth Freestyle
  24. Hey Jude (new)
  25. You Got Me ft Mizz Nina & Dina (new)
  26. Outro

dan pada sesiapa yang berminat, boleh dapatkan Mixtape tersebut di SINI

lebih banyak info mengenai Altimet di Myspace dan Blogger

Sabtu, 8 September 2007

The Snake & The Cat

as requested by miss ana.. finally i got the pictures...



Rabu, 5 September 2007

Chenta Kasorgha

i have to admit im not much of a scene fan since...................................................................................... dang i can remember since when.. i must've gotten real fuzzy but i reckon this is among the finest jam session u'll see this weekend. first of all because it only have less than 15 performer.. 2nd, because it only have ohchentaku, telephonydelivery, yuna & otam among others.. this guys is in my fav list. but where is nettoz u ask? beat me, i only go to sec15 subang for the food at the former medan makan place.. and the occasional visit to the printing shop

Selasa, 4 September 2007

aku ingin 'trance-sang' lagi!!!

ini hari secara magisnya aku boleh bangun awal walaupun tido tak sampai 4jam.. dan yg bestnyer hari nih aku ade banyak perjumpaan dan yang paling akhir untuk hari ni, bersama komiti dari pukul 11mlm sampai tah bila.. dan aku takde plak nak merungut... hari ini aku sungguh tidak aku.. ape jadi ek? nih mesti kes aku bangun di sisi tilam yang betul.. slalu ade je la yang tak kena.. o ye, aku tetinggal barang dua kali arinih.. walaupun dah jenuh berpegang pada objek² berikut. ternyata walaupun hari nih aku cargas, tapi sifat tenang sampai lupa aku datang balik.. huhu takpe, yang penting arinih aku gumbira.

dengan jayanya arinih aku jumpa chenta hati kat klcc.. hmm agak lama, rindu memang pun.. sangat.. tapi arinih aku jadi macam memula dulu.. secara tak sengaja duk main usha² je.. dia pandang aku pandang tempat lain.. kengkonon cecurik pandang la tuh.. hahaha dan arinih tengok rush hour 3.. dan untuk sekian kalinya aku lambat sampai ke lokasi.. sampai setengah jam lewat. tapi aku tak komplen juga... hmmm mmg arinih aku bukan aku...

kekadang aku cuba gak pikir, ape yang buat aku teruja satu jenis hari nih.. dan hasil rumusan ringkas aku, ade dua faktor.. pasal hari nih dapat jejalan degan chenta hati, dua pasal aku diberitahu yang Dendang Anak bakal datang beraksi di layar tanchap merdeka.... lagi sekali!!! kali terakhir diorang datang, diorang berjaya buat aku teruja layan alunan instrument musik yang agak berjiwa setempat... dan lagu mereka bersifat kerohanian.. memang aku dasar melayu yang haus.. lupa dengan pencak sendiri, sekali terpaut terus menari. yeap, dah lama aku tak dengar lagu lagu melayu yang dikelaskan sebagai lagu² orang kampung nih. bebaru nih aku jumpa cd hamzah dolmat, maka aku layan la dengar lagu rentak zapin, joget, asli... terus badan aku duk terhenjut² layan groove rentak tanpa dapat dikawal.. walaupun takde la sampai tahap macam kena fengtau kaw².. tapi sebagai melayu.. aku rasa macam tanggungjawab aku plak kena bertindak balas dengan alunan komposisi bunyi bunyian akar bangsa ni. harap²nya kali ni aku dapat duduk setempat walaupun untuk satu lagu dengan alunan lagu-laguan macam ini... supaya aku boleh 'trance-sang'... hahaha

p/s : nantikan gambar mata duitan saya... kalau tak dalam blog ni, dalam blog chenta hati saya... huhu

Aku Yang Merdeka

aku yang merdeka

aku yang merdeka duduk di tengah padang sana
duduknya didalam kandang kecil berpagarkan kata
sempit tidak kurasa. kerna aku tahu aku merdeka

aku yang merdeka berlegar legar mencium suasana
merasai apa yang tidak boleh ditegur dengan mata
menggenggam dengan rasa yang tidak terperi haknya

aku yang merdeka dengan menjunjung petala
menyembah keringat dikala senja
mencari cahaya di celah jendela
menjamu nafsu dengan lafaz, kini aku sudah merdeka

aku yg merdeka berdiri lurus tangan didepa
denga akal yang disita meluru ke kiri dan kanan
meneroka dengan puas setiap bucu kandang
menginsafi kalam yang dipanggil kebebasan

Ahad, 2 September 2007

not everything rhyme with "Dirrrty"




... well i'll be damned.. ;)

i wish i cud do this...



seriously.. i wish i cud... *sigh*...